window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer'

Zamil Syaheer · Jun 30, 2020 09:41 AM

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 01

Understeer baek punyer. Gambar dari Aswan Yap.

Pacuan roda belakang (RWD) membawa kegembiraan yang tidak terkira kepada pemandunya. Ia terkenal kerana keseimbangannya dan tindak balas stereng yang sedap ketika dipandu. Paling best, anda boleh oversteer dengan sengaja (atau kata lain, drift) ketika mengambil selekoh.

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 02

Maka tidak hairanlah ramai peminat pemanduan memuji secara terus menerus mengenai faedah dan kepuasan yang dapat diberikan oleh sebuah kereta pacuan belakang.

Namun saya pernah mendengar sesetengah pemandu mengatakan mereka minat pacuan roda belakang kerana ia tidak akan understeer. Ini tidak benar. Apa saja jenis pacuan pun, ia boleh understeer jika anda melakukan benda yang salah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 01

Understeer bermaksud tayar depan anda kehilangan cengkaman dan tidak responsif kepada input stereng. Bila understeer berlaku, kereta anda akan terus menuju ke luar selekoh. Senang cerita, orang yang suka memandu tidak suka understeer. Kalau tak percaya, cuba tanya pelumba kereta.

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 02

Gambar dari Whiteline.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan sesebuah kereta itu understeer, tak kisahlah sama ada ia pacuan roda belakang ataupun depan. Mari kita kupas lebih lanjut apakah jenis situasi dan keadaan yang boleh menyebabkan sesebuah kereta understeer.

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 03

1) Terlalu laju ketika mengambil selekoh

Tayar depan anda harus bertentangan dengan daya membujur (longitudinal) dan lateral. Memandu terlalu laju ketika mengambil selekoh menghalang keupayaan tayar untuk berpusing secara efisyen.

Ini kerana dalam pertarungan untuk mencengkam tayar, cengkaman membujur akan selalu mengatasi genggaman sisi (lateral).

Jadi apakah yang patut anda lakukan apabila masuk ke selekoh terlalu laju dan merasakan stereng anda semakin ringan ketika understeer? Senang saja, anda kurangkan kelajuan anda dengan mengangkat pedal pendikit.

Sekiranya roda depan enggan berpusing, cuba brek selancar boleh sehingga anda dapat merasakan tayar depan mencengkam lagi.

Jika semuanya gagal, tekan brek sampai lantai dan berdoa. Tonton video di atas dari 00:19 (slo-mo pada 00:34) untuk melihat bagaimana mengambil selekoh dengan terlalu laju menyebabkan understeer.

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 04

2) Input stereng kasar ataupun berlebihan

Kebanyakkan pemandu memusing stereng secara berlebihan ataupun terlalu kasar dengan input. Kena ingat, tayar depan anda (dalam pacuan roda belakang) mempunyai jumlah cengkaman yang terhad ketika memusing atau memperlahankan kenderaan.

Anda mengatasi cengkaman tayar depan apabila anda memusing stereng terlalu banyak atau secara tiba-tiba. Malah ada yang membuat kesalahan memusing stereng dengan lebih banyak lagi ketika understeer (tonton video di atas dari 00:38).

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 05

Penyelesaiannya senang sahaja; sentiasa lancar dengan input stereng anda. Belajar dan berlatih untuk memusing stereng anda secara progresif (meletakkan tangan anda pada kedudukan jam 9 & 3 sangat membantu).

Dengan cara itu, tayar depan anda sentiasa mempunyai cengkaman yang cukup untuk bertindak balas terhadap input stereng anda. Selain itu, penumpang anda akan mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menjadi pengendali yang lancar.

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 06

Luruskan stereng anda sebelum memecut keluar dari selekoh.

3) Memecut terlalu awal atau kasar di selekoh

Jadi anda telah membetulkan kawalan stereng dan kelajuan anda ketika mengambil selekoh, namun ketika tiba di bahagian pertengahan anda memecut terlalu awal ataupun kasar sehingga anda terasa understeer semula.

Ia akan menjadi lebih teruk jika anda memecut dengan lebih. Ini terjadi kerana setiap kali anda memecut ataupun brek, prestasi stereng anda berkurang (ingat, jumlah cengkaman daya longitudinal & lateral terhad).

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 07

Posisi tangan di jam 3 & 9 lebih tepat dan selesa ketika mengambil selekoh.

Kuncinya di sini adalah: anda harus bersabar ketika mengambil selekoh, menekan pedal pendikit dengan ringan dan meluruskan stereng anda sebelum memberi lebih kuasa secara beransur-ansur (perhatikan tema ini sepanjang penulisan kami?).

Jadi selepas ini jika ada orang memberitahu anda bahawa kereta pacuan roda belakang (RWD) tidak understeer, anda bagitahu perkara yang sebenarnya.

Fakta atau auta: kereta pacuan roda belakang tidak 'understeer' 08

Sebahagiannya benar bahawa kereta pacuan roda depan (FWD) lebih senang untuk understeer kerana pembahagian beratnya yang lebih di bahagian hadapan dan juga tayar terpaksa bekerja lebih keras untuk mengawal pecutan, brek dan stereng dibandingkan pancuan roda belakang.

Kesimpulannya, ya ia adalah auta yang kereta pacuan roda belakang tidak understeer!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda