window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fakta atau Auta – picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak?

Faisal · Jul 3, 2021 10:00 AM

Fakta atau Auta – picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak? 01

Rakyat kita suka betul akan fakta-fakta yang menarik, lebih-lebih lagi benda yang melibatkan urusan harian. Tetapi berdasarkan apa yang pernah menjadi topik bualan hangat, bukan semuanya betul.

Sesetengah daripadanya hanya dibuat berdasarkan bijaksana dan andaian sendiri sahaja. Contohnya seperti enjin kereta yang perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak dan tekan butang push start 3 kali untuk hidupkan enjin.

Juga baca: Push Start Button kena tekan 2-3 kali? Mitos! Hauskan butang saja ada lah

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fakta atau Auta – picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak? 01

Tekan sikit sahaja untuk dapat 'extra'? Kredit.

Kali ini, sebuah lagi fakta menarik sedang hangat dibincangkan oleh netizen sehingga mendapat perhatian Pengarah Urusan Shell Malaysia sendiri iaitu Encik Shairan Huzani atau dikenali dengan panggilan Pakcik Shell. Apa yang kami maksudkan disini ialah mengisi minyak secara perlahan boleh memberikan anda lebih minyak. Jadi benarkah fakta ini atau auta semata-mata?

Tanpa melengahkan masa, beliau sendiri mengulas berkenaan topik ini. Daripada apa yang dibentangkan, kita dapat lihat bahawa dari segi fizik sekalipun, kelajuan aliran cecair tidak akan mengubah jumlah yang dihantar. Yang berbeza hanyalah kelajuan hembusan minyak dari pam tersebut.

Fakta atau Auta – picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak? 02

Perkara ini sendiri termaktub dalam prinsip Bernoulli yang dilaraskan oleh persamaan P1+1/2PV1^2 = P2+1/2PV2^2. Melihat persamaan ini sahaja sudah cukup untuk fahamkan anda bahawa minyak takkan dikeluarkan lebih sekiranya pam dipicit perlahan ataupun pam itu sendiri yang perlahan. Pendek kata, jumlah yang diberi adalah sama dengan jumlah yang diterima.

Fakta atau Auta – picit pam secara perlahan boleh dapat minyak lagi banyak? 03

Kredit.

Anda boleh kaji sendiri sewaktu menuam air ke dalam cawan, Tidak akan ada beza langsung kalau ia dituam perlahan ataupun cepat. Isipadu yang terkandung dalam cawan nanti tetap akan sama.

Dari segi logik akal juga, anda boleh minum sendiri dan rasa banyak mana air yang telah ditelan. Kalau anda minum perlahan atau laju sekalipun, isipadu air yang masuk ke dalam mulut tetap akan sama. Takkan makhluk halus nak curi-curi sedut kan? Jadi, renung-renungkanlah.

Juga bacaIsi minyak terbalik dapat isi lebih? Pakcik Shell buktikan mitos ini salah!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda