window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

FAM terima 3 unit Kia Carnival 11-penumpang, ini barulah muat satu pasukan bola!

Haris · Aug 23, 2022 10:00 AM

FAM terima 3 unit Kia Carnival 11-penumpang, ini barulah muat satu pasukan bola! 01

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kia menerusi syarikat pengedarnya, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJM), anak syarikat kepada Bermaz Auto Berhad (BAuto) semalam, 22 Ogos 2022. 

Menerusi kerjasama bersama DJM ini, FAM akan meraih faedah terutama sekali buat Unit Pasukan Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk melakukan pemerhatian pemain-pemainnya di seluruh negara selain akan melancarkan kerja-kerja logistik Unit Pentadbiran FAM.

FAM terima 3 unit Kia Carnival 11-penumpang, ini barulah muat satu pasukan bola! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, kerjasama bersama DJM ini telah bermula pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 Jun lalu namun kerjasama berkenaan ketika itu khusus untuk tempoh kejohanan sahaja.

“Menerusi kejayaan serta persembahan berkualiti Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia berjaya menarik perhatian DJM untuk meneruskan jalinan kerjasama bersama kami sekali gus menjadi rakan rasmi automotif FAM dan Harimau Malaya.

FAM terima 3 unit Kia Carnival 11-penumpang, ini barulah muat satu pasukan bola! 01

“Sebagai presiden FAM, sudah tentu jalinan kerjasama ini adalah pencapaian yang amat membanggakan di mana FAM dapat meluaskan lagi hubungan strategik bersama syarikat-syarikat gergasi di luar sana.

“Harapan saya menerusi jalinan kerjasama bersama DJM, ia dapat memberi motivasi kepada skuad Harimau Malaya untuk terus melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia,” kata Datuk Haji Hamidin.

FAM terima 3 unit Kia Carnival 11-penumpang, ini barulah muat satu pasukan bola! 02

Kerjasama strategik bersama DJM itu akan menyaksikan tiga unit kenderaan utiliti besar (Grand Utility Vehicle) model terbaharu Kia iaitu Kia Carnival 2022 digunakan oleh FAM serta skuad Harimau Malaya.

Majlis penyerahan kenderaan Kia menerusi syarikat pengedarnya itu telah berlangsung di Pusat 3S Kia Flagship yang baharu di Glenmarie, Shah Alam petang tadi.

FAM terima 3 unit Kia Carnival 11-penumpang, ini barulah muat satu pasukan bola! 03

Ia telah dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato' S. Sivasundaram serta barisan Exco FAM, Dato' Sri Shahril Mokhtar, Syed Yazid Syed Omar dan Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar serta Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon bersama barisan kejurulatihannya.

FAM terima 3 unit Kia Carnival 11-penumpang, ini barulah muat satu pasukan bola! 04

Sementara itu, Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Prima Auto Sdn Bhd/Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Dato Amer Hamzah Ahmed berkata DMJ komited terhadap pembangunan sukan di Malaysia di mana sukan adalah salah satu medium untuk mencipta serta menggalakkan persekitaran yang sihat demi membangunkan negara.

Baca: Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda