window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fasa 2 PPN: Pusat cuci kereta berlesen tidak perlu permit MITI CIMS 3.0. Ini senarai cucian dibenarkan

Mersita ยท Jul 7, 2021 02:00 PM

Fasa 2 PPN: Pusat cuci kereta berlesen tidak perlu permit MITI CIMS 3.0. Ini senarai cucian dibenarkan 01

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan yang pusat cuci kereta serta pasar pagi/tani tidak perlu meminta kebenaran untuk beroperasi menerusi CIMS 3.0 (Covid-19 Intelligent Management System) kelolaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi meneruskan operasi di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pusat cuci kereta - samada jenis manual, separa automatik, dan automatik – hanya perlu menunjukkan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Negeri-negeri yang sudah beralih ke Fasa 2 PPN termasuklah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, dan Kelantan (kuatkuasa 5 Julai), serta Pulau Pinang (bermula 7 Julai).

Fasa 2 PPN: Pusat cuci kereta berlesen tidak perlu permit MITI CIMS 3.0. Ini senarai cucian dibenarkan 02

Sumber

Bagi servis cucian kereta, KPKT menyenaraikan kerja-kerja pembersihan kenderaan yang dibenarkan iaitu:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Bahagian luaran dan dalaman kenderaan
  • Enjin kenderaan
  • ‘Polish’ dan ‘wax’ kenderaan, serta
  • Pengewapan anti-bakteria dan pembasmian serangga ruangan dalam kenderaan.

Fasa 2 PPN: Pusat cuci kereta berlesen tidak perlu permit MITI CIMS 3.0. Ini senarai cucian dibenarkan 01

Sumber

Waktu beroperasi yang dibenarkan untuk perkhidmatan cucian kenderaan ialah dari 10 pagi hingga 6 petang. Premis perlu mengehadkan bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa bagi mengekalkan penjarakan fizikal minimum 6 kaki (lebih kurang 2 meter) antara setiap pelanggan di ruangan menunggu.

Baca juga: Pusat cuci kereta diserbu sambil patuh SOP – negeri bawah Fasa 2 PPN

Fasa 2 PPN: Pusat cuci kereta berlesen tidak perlu permit MITI CIMS 3.0. Ini senarai cucian dibenarkan 02

Sumber

Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, jika lokasi perniagaan mereka melibatkan perjalanan rentas daerah atau negeri, barulah mereka perlu mendapatkan kebenaran polis dengan menghantar lesen perniagaan atau permit penjaja yang dikeluarkan oleh PBT masing-masing.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang rasmi KPKT untuk memuat-turun prosedur operasi standard (SOP) Perkhidmatan Cucian Kenderaan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda