window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fauziah Nawi terima kunci Mitsubishi Xpander, sebak terkenang kesusahan tiada kenderaan selama 4 tahun!

Haris · Nov 30, 2022 06:00 PM

Fauziah Nawi terima kunci Mitsubishi Xpander, sebak terkenang kesusahan tiada kenderaan selama 4 tahun! 01

Seniwati veteren Fauziah Nawi, 69, akhirnya telah menerima kunci Mitsubishi Xpander baharu yang dimenanginya selepas dianugerahkan Tokoh Seri Angkasa dalam Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).

Majlis penyerahan Mitsubishi Xpander kepada Tokoh Seri Angkasa 2022, Puan Hajjah Fauziah Nawi telah diadakan secara sederhana di Mitsubishi Motors - EON Auto Mart Ampang.

“Saya sangat bersyukur kerana memang langsung tidak terfikir untuk mendapat kereta. Sebab sepanjang 50 tahun bergelar pelakon saya tidak pernah membawa pulang anugerah pelakon terbaik,” ujarnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Sebelum menerima hadiah kejutan kereta pada ASA2022, saya mencuba nasib menyertai cabutan bertuah dengan membeli barang berharga RM30, tetapi tiada rezeki ketika itu.

Fauziah Nawi terima kunci Mitsubishi Xpander, sebak terkenang kesusahan tiada kenderaan selama 4 tahun! 01

“Sebab saya memang ingin kereta sendiri, tetapi dengan usia yang lanjut sukar untuk saya membuat pinjaman bank. Ini rezeki Allah yang cukup besar buat saya,” tambahnya lagi.

Seniwati itu dilaporkan tidak mempunyai kenderaan sendiri apabila kenderaan terakhirnya iaitu sebuah Proton Waja terbakar akibat masalah fius. Sejak itu, Fauziah benar-benar mengidamkan sebuah kenderaan untuk menjalani tugas harian.

“Seronok sangat, tidak tahu saya hendak kata apa lagi selain syukur dan terima kasih. Rakan-rakan seangkatan dan jiran-jiran juga tumpang seronok. Mereka semua tertanya-tanya bilakah saya akan dapat bawa balik kereta ini,” balas Fauziah Nawi.

Fauziah Nawi terima kunci Mitsubishi Xpander, sebak terkenang kesusahan tiada kenderaan selama 4 tahun! 02

Dalam pada itu, Ketua Komunikasi Strategik DRB-HICOM, Mahmood Razak Bahman menjelaskan, pihaknya bersyukur dan berbesar hati apabila dapat terlibat dalam anugerah berprestij seperti ASA2022.

“Ketika mendengar cerita Ibu Fauziah di atas pentas tentang ketiadaan kenderaan dengan penuh emosi, saya sendiri berasa sebak.

“Saya dan kakitangan yang hadir pada majlis tersebut merasakan hadiah kami cukup bermakna kerana menyediakan sebuah kereta yang amat diperlukan ibu Fauziah.

“Sebagai antara konglomerat terbesar, DRB-HICOM melalui anak syarikat, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) gembira dapat memainkan peranan kecil membantu dan menyokong industri kreatif tempatan,” ujar Mahmood. Sumber: Kosmo!, Mitsubishi Motors - EON Auto Mart Ampang

Baca: "Proton Waja dah terbakar, nak beli baru tak mampu", Fauziah Nawi sebak terima hadiah Mitsubishi Xpander

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda