window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta

Mersita · Sep 12, 2022 06:00 PM

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 01

Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan fasiliti khusus untuk servis pembaikan dan cat badan kereta pertama syarikat itu menerusi pelancaran Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR) yang kini boleh didapati di Federal Auto Cars, Glenmarie.

Pelancaran rasmi VCDR berkenaan dihadiri oleh Nick Connor, Ketua Volvo Cars APEC, dan turut hadir bersama ialah Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Cars.

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 02

Volvo Federal Auto, Glenmarie

“Kami amat gembira kerana dapat menyaksikan pencapaian yang telah dicapai Volvo Car Malaysia setakat ini,” kata Nick Connor. “Dari pelaksanaan strategi elektrifikasi global hingga jualan laris XC40 Recharge Pure Electric, kita di sini hari ini, melancarkan VCDR Volvo Car bagi merealisasikan lagi visi kita dalam penawaran jagaan selepas-jualan dengan standard tertinggi kepada para pelanggan kita.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami amat gembira yang menerusi pelaburan dilakukan oleh rakan niaga kita, Malaysia kini menjadi negara kedua dalam rantau ini untuk memperkenalkan VCDR,” ujarnya lagi.

Juga baca: Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 01

The XC40 Recharge Pure Electric

VCDR menaiktaraf lagi pengalaman selepas-jualan untuk pelanggan. Berfokus kepada penyediaan servis pembaikan dan cat badan kenderaan yang pantas dan efisien, fasiliti ini diuruskan oleh pengurusan sumber efektif kos yang memastikan ketangkasan perniagaan secara keseluruhannya.

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 02

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 03

Seluruh kualiti pembaikan dilaksanakan dengan menggunapakai peralatan-peralatan moden dan digabungkan dengan pematuhan ketat pada proses-proses standard Volvo.

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 04

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 05

“Kami mahu pelanggan kami membawa keluar kereta Volvo dengan fikiran yang benar-benar tenang dan sedar yang kami sentiasa bersedia untuk menyediakan mereka penjagaan standard antarabangsa Volvo bagi kenderaan mereka,” kata Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

“Dengan memperkenalkan VCDR dalam kalangan rangkaian pengedar kami, ia membolehkan pelanggan kami menikmati kenderaan yang memberikan jangkahayat sepanjang hayat.”

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 06

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 07

Standard VCDR mengintegrasikan penggunaan teknologi mampan bagi servis-servis pembaikan dan cat badan kenderaan, misalnya penggunaan sistem pengudaraan bertekanan rendah dengan kawalan automatik yang mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida, pelepasan partikel-partikel mikroskopik, dan juga penggunaan tenaga.

Tambahan pula, mesin-mesinnya menggunakan bateri ketika memanaskan sistem elektrik, dan lebih 80% daripada udara ini akan disedut menerusi sistem penapisan yang mengurangkan penggunaan tenaga serta pelepasan gas rumah hijau.

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 08

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 09

Penggunaan Volatile Organic Compounds (VOC) dalam cat kini digantikan dengan cat berasaskan air, mengurangkan lagi pendedahan kepada bahan kimia berbahaya di kalangan pekerja.

Juga baca: Rebiu: Volvo XC40 Recharge EV – prestasi gempak tapi dibelenggu bakat yang tak cukup 'umph'?

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 10

Dilengkapi dengan teknologi terkini dan juga juruteknik-juruteknik terlatih, Federal Auto Cars Glenmarie adalah sejajar dengan standard VCDR. Dengan keluasan 11,133 kaki persegi, fasiliti-fasiliti ini mampu menampung sebanyak 1,260 kenderaan setiap tahun.

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 11

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 12

“Sebagai bahagian penting dalam rangkaian Volvo di Malaysia, kami komited dalam memberikan kualiti servis mantap dan kenderaan selamat kepada pelanggan Volvo menerusi pelaburan kami dan penambahbaikan berterusan dalam setiap aspek operasi kami.

Federal Auto lancar Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR), boleh baiki kerosakan, kecacatan badan kereta 13

“Dalam suasana masa kini, kami letakkan kepentingan lebih tinggi keatas kemampanan iklim dalam strategi dan keputusan perniagaan kami. Oleh itu, kami dengan sepenuh hati menerima keseluruhan konsep VCDR atas penggunaan peralatannya yang mesra alam, dan juga jalan kerja serta proses-prosesnya yang efisien,” kata Wong Fay Lee, Pengerusi Federal Auto Holdings Berhad.

Jika anda mahukan maklumat lanjut tentang Volvo Certified Damage Repair Centre, anda boleh hubungi Volvo Glenmarie di talian 016-248 0878.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda