window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Feri baru Pulau Pinang jenis bas air dan penghantar kenderaan akan mula beroperasi 2022

Mersita · Dec 1, 2021 04:00 PM

Feri baru Pulau Pinang jenis bas air dan penghantar kenderaan akan mula beroperasi 2022 01

Setelah perkhidmatan feri lama Pulau Pinang dihentikan pada Disember tahun lalu, mod pengangkutan untuk pejalan kaki sahaja yang disediakan sementara feri baru tiba. Kini, dalam satu kemaskini yang dinyatakan di Dewan Rakyat semalam, feri baru jenis ‘water bus’ (bas air) dan ‘vehicle transporter’ (penghantar kenderaan) bakal digerakkan dalam masa setahun lagi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, Penang Port Sdn Bhd sedang dalam proses melaksanakan model perniagaan perkhidmatan feri yang baru, selaras dengan pengambilalihan operasi perkhidmatan feri oleh syarikat itu bermula 1 Januari lalu.

Feri baru Pulau Pinang jenis bas air dan penghantar kenderaan akan mula beroperasi 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau berkata, feri-feri lama telah dihentikan operasinya disebabkan keadaan feri yang terlalu usang. Pemberhentian operasinya adalah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.

Baca juga: Feri Pulau Pinang ‘diserang’ pemandu kereta, ambil peluang kali terakhir. Feri baru akan tiba?

"Pihak berkuasa pelabuhan iaitu Suruhanjaya Pelabuhan (Pulau Pinang) dan operator pelabuhan Penang Port Sdn Bhd telah merencana penaiktarafan fasiliti pelabuhan dan sistem perkhidmatan operasi feri Pulau Pinang," katanya.

Feri baru Pulau Pinang jenis bas air dan penghantar kenderaan akan mula beroperasi 2022 01

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh peralihan ini, feri untuk membawa penumpang pejalan kaki dan penumpang berkenderaan dua roda (motosikal dan basikal) akan disewa oleh Penang Port Sdn Bhd. Penyelenggaraan feri ini juga akan dilaksanakan secara berjadual.

"Dengan pengenalan perkhidmatan feri baharu yang bakal dilaksanakan, kerajaan Persekutuan akan memastikan operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang kekal relevan dan memenuhi kehendak pengguna,” katanya lagi.

Sumber: Bernama

Berita berkait: Feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai jadi restoran dan muzium terapung!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda