window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ferrari 812 GTS kini di Malaysia. Ketahui perbezaan dan maksud tanda nama 'GTS'.

Haris · May 20, 2020 09:30 PM

Ferrari 812 GTS kini di Malaysia. Ketahui perbezaan dan maksud tanda nama 'GTS'. 01

Naza Italia, pengedar rasmi bagi Ferrari di Malaysia telah melancarkan Ferrari 812 GTS terbaru mereka pada sebuah majlis tertutup. Model 812 GTS ini dikatakan supercar V12 Ferrari yang terakhir dengan enjin pernafasan biasa.

Malaysia agak beruntung kerana menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mendapat debut global serentak untuk model Ferrari GTC4 Lusso T, Ferrari F8 Tributo dan juga Ferrari 812 GTS ini. Hal ini kerana Malaysia merupakan salah satu pasaran utama Ferrari di rantau Asia Tenggara.

Ferrari 812 GTS kini di Malaysia. Ketahui perbezaan dan maksud tanda nama 'GTS'. 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

GTS adalah singkatan untuk 'Grand Turismo Spyder' dan enjin V12. Kali terakhir Ferrari memakai tanda nama GTS adalah pada tahun 1966, dengan model Ferrari 365 GTS. Reka bentuk labah-labah enjin V12 hadapan ini tidak digunakan oleh mana mana siri produksi Ferrari yang lain sehinggalah model 812 GTS ini .

Disebalik hud 812 GTS ini terdapat enjin hadapan petrol V12 pernafasan biasa yang paling berkuasa oleh Ferrari dengan kapasiti 6.5 liter yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan. Ia menjana kuasa sebanyak 800 PS dan 718 Nm tork dengan enjinnya mampu menderum sehingga 8,900 rpm.

Ferrari 812 GTS kini di Malaysia. Ketahui perbezaan dan maksud tanda nama 'GTS'. 01

Ferrari mendakwa 812 GTS mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa kurang dari 3 saat, 0 ke 200 km/j dalam masa 8.3 saat (0.4 saat lebih lambat daripada 812 Superfast) dengan kelajuan tertinggi dicatat pada 340 km/j.

Bumbung jenis keras yang boleh dilaras (Retractable Hard Top) ini hanya memerlukan masa sebanyak 14 saat untuk dibuka dan ditutup, dan ianya boleh beroperasi di bawah kelajuan 45 km/j. Alang-alang tengah nak tutup/buka tu, bolehlah bermain-main dengan bunyi enjin V12 tersebut.

Ferrari 812 GTS kini di Malaysia. Ketahui perbezaan dan maksud tanda nama 'GTS'. 02

Disebabkan mekanisme Retractable Hard Top pada model ini telah diolah dengan rekaan bumbung baru, ruang bagasinya hanyalah berkapasiti 210 liter, 110 liter lebih kecil daripada model 812 Superfast. Oleh sebab itu juga, 812 GTS ini terpaksa memikul berat tambahan sebanyak 75 kg demi menjaga struktur kekuatan kereta.

Untuk mengekalkan keseimbangan corak pengendalian yang sama seperti 812 Superfast, Ferrari telah memperkenalkan rekaan aerodinamik baru ke GTS. Terdapat sayap berbentuk L di sudut atas cermin depan, lubang udara yang direka semula di bahagian belakang dan papan penutup bawah dengan tiga jalur sayap pada bampar belakang.

Ferrari 812 GTS kini di Malaysia. Ketahui perbezaan dan maksud tanda nama 'GTS'. 03

Ferrari 812 GTS kini di Malaysia. Ketahui perbezaan dan maksud tanda nama 'GTS'. 04

Harga untuk Ferrari 812 GTS bermula dari RM 1,538,000 sebelum duti, cukai, dan tambahan lain. Apa yang menariknya adalah harganya sedikit murah berbanding 812 Superfast yang mempunyai harga pengenalan RM 1,578,000.

Menurut Naza Italia, penghantaran 812 GTS hanya akan bermula pada tahun 2021 kerana gangguan pengeluaran di Maranello akibat pandemik global Covid-19. Namun, pelanggan yang berminat boleh menempah temu janji peribadi sekarang hinggalah 31 Mei 2020 dengan menghubungi Naza Italia.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Ferrari 812 GTS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda