Ferrari Portofino M 2021 - enjin V8, 3.9 liter turbo, Ferrari mampu milik pada harga RM 998k!
Haris · Sep 27, 2021 08:30 PM
0
0
Naza Italian, pengedar kereta Ferrari di Malaysia telah melancarkan sebuah lagi model 'Grand Tourer', Ferrari Portofino M untuk peminat-peminat di Malaysia. Model ini adalah naik taraf daripada model terdahulu, dengan denominasi 'M' yang membawa awalan daripada 'Modificata'.
Dalam bahasa Itali, Modificata bermaksud ubah suai. Denominasi akhir untuk model Ferrari ini telah digunakan selama bertahun-tahun untuk menandakan model yang telah menerima kemas kini teknologi yang signifikan.
Inilah prinsip yang sama dengan model-model lain, misalnya Ferrari 512 M, Ferrari 456 M GT, dan Ferrari 575 M Maranello.
Bukan sekadar facelift
Dalam bahasa mudah, M mungkin merujuk kepada facelift tetapi ini bukan jenama mudah dan ringkas. 'M' membawa lebih daripada rekaan baru dan kemaskini kecil, memberikan Ferrari Portofino M suatu anjakan berbanding model tahun 2017.
Perbezaan utama untuk Ferrari Portofino M adalah corong angin yang lebih agresif dan gril yang direka semula pada bumper depan, corong pengurangan seretan angin dikemaskini pada bahagian roda, dan bahagian belakang yang diselaraskan dengan rekaan diffuser yang disemak semula.
Melengkapi perubahan pada bahagian luaran adalah rim 20-inci 5-bilah berlian khas untuk tugas-tugas pemanduan.
Dari coupe ke convertible
Perubahan daripada coupe berlinetta kepada convertible hanya mengambil masa sekitar 14 saat. Kedua-dua bentuk badan kenderaan ini selari dan elegan, langsung tidak terasa kekurangan antara keduanya.
Ferrari Portofino M tampil sebagai model yang lebih sesuai untuk pemanduan atas jalan biasa, berbanding model prestasi maksimum seperti Ferrari SF90 Stradale dan Ferrari F8 Spider.
Kelebihan grand tourer (GT) seperti Ferrari Portofino M ini adalah terdapat ruang tempat duduk untuk 4 penumpang, dan ciri kelengkapan yang lebih berorientasikan keselesaan seperti ADAS, antaranya merangkumi kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi stop & go (ACC).
Keselesaan di tempat duduk pemandu yang merangkul badan pemandu, kabin dalamannya menawarkan banyak perincian untuk dirasai. Terdapat papan pemuka bertingkat, kluster meter dial Manettino, dengan dua skrin digital dan meter kelajuan.
Tugas-tugas hiburan dikendalikan oleh skrin sesentuh 10.25 inci pada bahagian tengah yang menyokong Android Auto / Apple CarPlay, tepat di atas butang pilihan gear. Ya, Ferrari juga menyertakan ciri sambungan Android Auto dan Apple Carplay.
Suite ADAS turut menambah ciri seperti sistem brek kecemasan, sistem pemantuan titik buta, amaran keluar laluan, highbeam assist, pengesan papan tanda trafik, dan amaran lintasan trafik belakang.
Apa perubahan pada trenkuasa?
Kedengaran ringkas, Ferrari Portofino M dikuasakan oleh enjin V8 (8-silinder), 3.9 liter turbo berkembar yang mampu mencapai sehingga 620 PS kuasa kuda and 760 Nm tork.
Kenaikan 20 PS kuasa kuda untuk model Portofino ini berbanding Ferrari Roma cukup untuk memacu Ferrari Portofino M hingga 100 km/j dari berhenti hanya dalam 3.45 saat sahaja. 200 km/j pula hanya memerlukan 9.8 saat, dan ia akan terus 'berlari' sehingga mencapai kelajuan tertinggi 320 km/j.
Selain daripada peningkatan kuasa, perubahan besar yang lain adalah bahagian transmisi. Tiada lagi kotak gear 7-kelajuan seperti model sebelumnya, digantikan dengan transmisi automatik 8-kelajuan, klac-dual jenis basah (DCT) baru, dengan modul klac 20 peratus lebih kecil.
Dan yang terakhir, terdapat cara baru untuk menggunakan Ferrari Portofino M ini yang kini mempunyai pemilih mod lima kedudukan - pertama kali ditampilkan dalam sebuah Ferrari Grand Tourer - menambah mod 'Wet' dan 'Race' di samping mod biasa - 'Selesa', Mod 'Sport' dan 'ESC-Off'.
A host of fancy names round off the Portofino M's technological arsenal: you'll still get Slide Slip Control 6.0 (SSC), an electronic differential (E-diff), and magnetorheological, twin-solenoid suspension (SCM-E Frs).
Sejumlah fungsi-fungsi moden dengan nama yang tergeliat lidah melengkapkan teknologi Portofino M: terdapat Slide Slip Control 6.0 (SSC), pembezaan elektronik (E-diff), dan suspensi magnetorheologi serta solenoid kembar (SCM-E Frs).
Harganya mampu milik untuk sebuah Ferrari?
Harga untuk Ferrari Portofino M 2021 di Malaysia bermula dari RM 998,000 (tanpa duti, cukai, dan insurans), tanpa had yang ditetapkan - jangan lupa, pilihan penyesuaian, praktikaliti dan modifikasi sebuah Ferrari tidak terbatas. Apa sahaja yang anda mahukan, boleh diletakkan.
Naza Italia turut menawarkan pakej penyelenggaraan selama 7 tahun, di mana penyelenggaraan berkala dibuat pada setiap 20,000 km atau setahun sekali tanpa had perbatuan oleh kakitangan yang dilatih secara terus di Ferrari Training Centre di Maranello.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.