window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fikry Ibrahim beli Ford Ranger Wildtrak 2022 untuk bantu orang, siap-siaga jika hujung tahun banjir lagi

Mersita Β· Oct 7, 2022 11:00 AM

Fikry Ibrahim beli Ford Ranger Wildtrak 2022 untuk bantu orang, siap-siaga jika hujung tahun banjir lagi 01

Didorong oleh semangat kebajikan jika bencana banjir teruk berlaku lagi tahun ini, pelakon popular tanah air Fikry Ibrahim sudah tidak mahu menangguhkan hasratnya untuk membeli trak pikap supaya boleh membantu lebih ramai orang kelak.

Menurut perkongsiannya di IG, dia berasa terkilan sedikit kerana hanya dapat memberi bantuan terhad ketika bencana banjir berlaku pada hujung tahun lalu atas beberapa faktor. Salah satu daripada faktor ini difahamkan adalah disebabkan ketiadaan kenderaan yang sesuai untuk masuk ke kawasan-kawasan terjejas banjir, misalnya di Taman Sri Muda.

Fikry Ibrahim beli Ford Ranger Wildtrak 2022 untuk bantu orang, siap-siaga jika hujung tahun banjir lagi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan BH Online, Fikry berkata dengan adanya trak pikap, dia dapat sampai ke kawasan bencana dengan segera. Mengimbas semula usahanya membantu mangsa banjir tahun lalu, dia dan rakannya tiada kenderaan sesuai untuk menarik bot masuk ke kawasan terjejas.

Oleh itu, kali ini, dia tidak mahu berfikir panjang dan segera membeli trak pikap bulan lalu. Fikry dilihat memilih Ford Ranger Wildtrak 2022 serba baru berwarna putih untuk tujuan ini. Sebagai info, Ranger Wiltrak bertransmisi automatik dijual pada harga RM 168,888 dan diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand.

Fikry Ibrahim beli Ford Ranger Wildtrak 2022 untuk bantu orang, siap-siaga jika hujung tahun banjir lagi 01

Ranger terdahulu sudah sememangnya lebih besar dari β€˜Hailak’, dan model serba baharu ini tampil lebih besar dan tinggi. 50 mm ditambah lagi pada lebar trek dan jarak rodanya, menjadikannya lebih berkemampuan. Varian Wildtrak dipadatkan dengan enjin 2.0 liter bi-turbo yang menghamburkan 210 PS dan 500 Nm antara 1,750 - 2,000 rpm.

Juga baca: Di sebalik penampilan hebat, 2022 Ford Ranger generasi baharu pertingkat fungsi dan praktikaliti!

Fikry Ibrahim beli Ford Ranger Wildtrak 2022 untuk bantu orang, siap-siaga jika hujung tahun banjir lagi 02

"Sebelum ini, saya berhasrat membelinya untuk perniagaan, tetapi sering tertangguh. Namun, sebelum musibah banjir berlaku saya tidak mahu menangguhkannya lagi," katanya kepada portal berkenaan.

Terbaik, Fikry!

Juga baca: La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda