window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Five, jenama stesen minyak baharu dilancarkan! Mahu terajui teknologi dan kawasan terpencil!

Haris · Oct 16, 2020 01:00 PM

Five, jenama stesen minyak baharu dilancarkan! Mahu terajui teknologi dan kawasan terpencil! 01

Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd merupakan sebuah jenama stesen minyak tempatan terbaru baru sahaja dilancarkan melalui laman facebook rasmi Five Petroleum Malaysia. Pelancaran jenama Five disempurnakan oleh Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sri Alexander Nanta Linggi.

Five, jenama stesen minyak baharu dilancarkan! Mahu terajui teknologi dan kawasan terpencil! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Five bertujuan untuk merevolusikan pasaran runcit petroleum Malaysia dengan menawarkan susun atur stesen yang lebih kecil lalu memudahkan pengusaha baru. Cara ini dilihat bakal menurunkan syarat kemasukan (dan berkemungkinan besar modal) untuk lebih ramai usahawan menceburi industri stesen minyak.

Hal ini turut memudahkan stesen minyak untuk dibuka di daerah yang lebih terpencil, membawa bukan sahaja bekalan minyak, malah keperluan asas ke lokasi yang lebih mudah diakses. 

Five, jenama stesen minyak baharu dilancarkan! Mahu terajui teknologi dan kawasan terpencil! 01

Selain daripada itu, stesen minyak Five juga ingin menerajui teknologi dengan menampilkan aplikasi mudah alih baru dengan pembayaran tanpa tunai dan hanya menggunakan pengecaman sahaja. Kerjasama dengan syarikat Green Packet bakal mengambil kesempatan terhadap teknologi seperti Electronic Know Your Customer (e-KYC), eWallet, payment gateway dan pengecaman nombor plat.

Five, jenama stesen minyak baharu dilancarkan! Mahu terajui teknologi dan kawasan terpencil! 02

Dikendalikan oleh Seng Group yang berpangkalan di Pahang, sebuah syarikat dengan hampir lima dekad pengalaman dalam perniagaan stesen minyak, jenama Five menandakan usaha pertama oleh Seng Group untuk bergerak secara bebas.

Five, jenama stesen minyak baharu dilancarkan! Mahu terajui teknologi dan kawasan terpencil! 03

Ultimaxx yang merupakan produk minyak daripada Five dibekalkan oleh Petronas dan kedai runcit Woo! Mart pula akan menjadi jenama kedai serbaneka bagi stesen petrol ini.

Five Petroleum Malaysia Sdn Bhd merupakan sebuah jenama stesen minyak yang lari dari kebiasaan dan memberi lebih fokus terhadap kepentingan awam. Kehadiran stesen minyak Five semestinya dialu-alukan oleh kebanyakan pengguna.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda