window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran!

Haris · Nov 2, 2022 06:00 PM

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 01

Ford Fiesta hanya berada di Malaysia secara rasmi untuk satu generasi tetapi ia telah menjadi model ruji kepada pembeli Eropah sejak ia diperkenalkan pada tahun 1976. Hatchback kompak itu kini berada dalam generasi ketujuh di mana ia mampu menjadi model ikonik tetapi malangnya, masanya sudah tiba di penghujung.

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 02

Ford telah mengumumkan bahawa Ford Fiesta akan dihentikan secara keseluruhannya tanpa model pengganti menjelang 2023. Jenama Blue Oval tersebut turut mengesahkan bahawa akan mengalihkan tumpuannya daripada hatchback tradisional kepada SUV dan crossover yang lebih menguntungkan. Ketiadaan Ford Fiesta juga menandakan bahawa SUV kompak Ford Puma akan menjadi model Ford termurah yang dijual di Eropah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 01

Berita kematian Ford Fiesta tidak disambut baik oleh ramai peminat dan pengguna memandangkan ia masih popular dalam kalangan pembeli. Menurut Persatuan Pengilang Motor UK, Ford Fiesta merupakan kereta terlaris keenam di negara itu pada September 2022 dengan 4,570 unit terjual.

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 02

Walaupun populariti SUV di UK adalah jelas dengan 7 daripada 10 kereta terlaris pada tahun 2022 setakat ini merupakan model jenis crossover, di bahagian teratas sekali ialah saingan Fiesta iaitu Vauxhall Corsa.

Namun, dua model terlaris Ford tahun 2022 setakat ini ialah Ford Puma yang menduduki tempat ketiga dan Ford Kuga di tempat ketujuh keseluruhan.

Baca: Ford Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'!

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 03

Ford Fiesta tidak berada dalam 10 kenderaan terlaris di Britain tidak seperti beberapa tahun lalu dan perkara yang sama berlaku di seluruh Eropah walaupun ia telah mengalami peningkatan jualan sebanyak 87% secara keseluruhan di seluruh benua pada September 2022 menurut JATO Dynamics.

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 04

Ford juga telah membatalkan sebarang rancangan untuk menjadikan Fiesta sebagai model elektrik tetapi sebaliknya memilih untuk mematikan model itu sahaja. Hal ini kerana kajian kebolehlaksanaan bagi pelaburan dalam teknologi baharu terlalu mahal jika hanya sekadar untuk mengurangkan lagi pelepasan karbon pada hatchback itu.

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 05

Selain itu, tidak seperti Ford Fiesta sebelum ini yang dibina hampir di seluruh dunia, generasi akhir ketika ini hanya dihasilkan di satu kilang sahaja iaitu kilang Ford di Cologne, Jerman. Sebaik sahaja Ford Fiesta terakhir dilancarkan, kilang itu boleh menjadi hab untuk model EV masa depan yang akan menjadi kerjasama antara Ford dan Volkswagen, berkemungkinan VW ID.4 yang akan di-rebadge oleh Ford.

Baca: Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm

Ford Fiesta bakal dihentikan seawal 2023 walaupun masih laku di beberapa pasaran! 06

Selepas hampir 50 tahun dan 22 juta unit terjual, kitaran hayat Ford Fiesta akan berakhir. Sebagai rakyat Malaysia, kita mungkin hanya mengenali hatchback ini dengan lencana ST tetapi di Eropah ia adalah pengangkutan mobiliti yang popular dan bagi kebanyakan orang, ia mungkin juga merupakan kereta pertama mereka.

Namun jika SUV elektrik dari China kini mendapat tempat di hati pengguna, tidak hairan jika Ford juga mahu beralih ke arah itu.

Baca: Panduan: Ford Fiesta terpakai serendah RM 12k, hatchback 'conti' murah tapi bermasalah?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2017 Ford Fiesta Sport+ 1.0 EcoBoost

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda