window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia!

Zamil Syaheer Β· Aug 27, 2022 12:00 PM

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 01

Ford mempunyai sedikit sejarah buruk di Malaysia tetapi pembaca yang lebih otai mungkin akan mengingati zaman dimana Blue Oval adalah antara jenama terlaris di negara ini. Antara model yang paling diingati yang pernah ditawarkan oleh Ford di negara ini ialah Ford Laser.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 02

Dijual dari 1981 hingga 2004 dalam 5 generasi, Laser adalah ‘rebadged’ Mazda 323, pendahulu kepada Mazda 3. Namun, sepanjang tempoh jualannya di Malaysia, Laser lebih laku berbanding 323 dan sehingga hari ini, ramai peminat masih ingin Laser untuk kembali semula (atau seperti yang dipanggil dalam generasi terakhir, Lynx).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 01

Ford kemudian mengambil masa sedekad lagi untuk menawan semula pasaran kereta penumpang tempatan dengan Ford Fiesta. Namun begitu, nasib Fiesta tidak sebaik tetapi Laser/Lynx dek pelbagai isu. Disebabkan itu, Ford akhirnya menumpukan sepenuh perhatian kepada segmen trak pikap dan SUV di Malaysia.

Baca juga: 4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 02

Sebelum kita tersasar jauh dengan situasi Ford di Malaysia, mari kita kupas legasi Laser di Malaysia.

KA/KB Laser – Permulaan segalanya

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 03

Ford Model A binaan Jepun yang kini berada di bawah jagaan Muzium Automobil Toyota

Sebelum Perang Dunia II, Ford mempunyai kilang pemasangan di Yokohama, Jepun yang membina beberapa model bersejarah termasuk Model T dan Model A. Dari 1925 hingga 1935, jenama Amerika itu menguasai pasaran automotif Jepun dengan 1930 merupakan tahun kemuncak dengan 95% bahagian pasaran.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 04

Barisan pemasangan CKD Ford Model A di Yokohama, Jepun

Semua itu berakhir apabila undang-undang baru yang lebih memihak kepada jenama domestik mengambil alih, digabungkan dengan Jepun mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan sekutunya, menyaksikan penyingkiran Ford dan banyak jenama Amerika yang lain.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 05

Barisan Ford 'all-America' pada tahun 1970-an tidak menarik pembeli arus perdana

Ford kembali semula ke pasaran Jepun pada tahun 1974, tetapi dekad itu juga menyaksikan Blue Oval menjalin kerjasama dengan Mazda. Pembuat kereta Hiroshima itu bergelut berikutan model enjin rotary yang gagal dan Ford memerlukan model yang lebih kos efektif untuk memperkenalkan dirinya di Jepun dan pasaran Asia yang lain.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 06

Hasilnya ialah Ford Laser, versi kejuruteraan ‘rebadged’ Mazda 323/Familia. Generasi pertama 323 berjaya dan penggantinya meneruskan trend itu di banyak pasaran di seluruh Asia. Walau bagaimanapun, perkara yang mengejutkan ialah Laser akhirnya akan mengatasi jualan kembar asalnya.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 07

Ford sudah terkenal dengan sedikit imej prestij kepada kelas pertengahan yang semakin berkembang. Ini bermakna gabungan imej Blue Oval dengan rakan kongsi Jepun yang boleh dipercayai terbukti menjadi kejayaan besar. Apabila ia diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1981, Laser telah ditawarkan dengan 4 varian: 1.3 GL Hatchback dan Sedan, 1.5 S Hatchback serta 1.5 Ghia Sedan.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 08

Walaupun Ford Laser sebenarnya lebih kepada sedan/hatchback keluarga mampu milik, Ford cuba menyuntik beberapa ‘feel’ prestasi ke dalam kereta peringkat permulaannya. 1.5 S adalah hothatch seperti Fiesta XR2 di Eropah dan ia bersaing dalam beberapa kejohanan rali, sesuatu yang akan diteruskan untuk beberapa generasi akan datang.

Laser KC/KE – Pengenalan varian TX3

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 09

Laser KC pra-facelift

Walaupun 1.5 S ialah Laser versi hothatch, ia tidak mempunyai akronim yang hebat seperti Golf GTI atau Fiesta XR2. Oleh itu, apabila Laser generasi kedua dilancarkan pada tahun 1985, Ford memperkenalkan varian TX3.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 10

Laser KC pra-facelift

Filem Terminator hanya ditayangkan setahun yang lalu dan nama TX3 mungkin diilhamkan olehnya tetapi ia bukanlah model yang penuh dengan teknologi tinggi. Ia merupakan varian utama Laser di Malaysia yang mengambil alih varian Ghia.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 11

Laser KE facelift

Laser TX3 ialah model hothatch mampu milik pertama (dan pemasangan tempatan) di Malaysia, dikuasakan oleh enjin 4-silinder suntikan bahan api 1.6 liter aspirasi natural (105 PS/137 Nm). Pasaran lain menyaksikan TX3 memperoleh pengecas turbo dan pacuan semua roda (AWD) manakala Malaysia mengekalkan susun atur NA dan pacuan roda depan (FWD).

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 12

Walaupun dengan debut Proton Saga yang sangat berjaya pada tahun yang sama dimana Laser generasi kedua dilancarkan, Laser masih merupakan antara kereta terlaris di Malaysia. Ford Laser disenaraikan antara 5 model terlaris teratas dari tahun 1985 hingga 1987.

Baca juga: Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga dan Kilang EON, 9 Julai 1985!

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 13

Dalam nada yang berbeza, varian yang kurang sporty adalah varian teras dalam kalangan pembeli. Ford menambah bilangan varian Laser kepada lima dengan dua varian 1.3 liter, dua varian 1.5 liter dan TX3.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 14

Sama seperti pendahulunya, Laser akan meneruskan peranannya dalam sukan permotoran. Selain rali, Ford Laser juga aktif bersaing di sirkit perlumbaan di bawah Team Castrol, memenangi banyak trofi di Litar Batu Tiga dan Johor.

KF/KH Laser – Sampan yang terkenal

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 15

Untuk model Laser generasi ketiga, Ford tidak lagi mengambil asas Mazda 323 seperti dua generasi sebelumnya.

Baca juga: Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an!

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 16

Ini kerana Laser KF/KH akan menjadi asas untuk Ford Escort di Amerika Utara. Ini bermakna ia paling hampir dengan kereta buatan Amerika yang juga dipasang secara tempatan di Malaysia.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 17

Lebih dikenali dengan nama samarannya, ‘Sampan', Ford Laser generasi ketiga sarat dengan teknologi berbanding pesaing kontemporarinya. Bergantung pada siapa yang anda tanya, nama ‘Sampan’ itu merujuk kepada pengendalian Laser ini yang macam sampan atau reka bentuknya yang menyerupai sampan terbalik.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 18

Ford menawarkan enjin 16-injap (16-valve) merentasi kesemua 3 varian Laser. Pada awal 1990-an, ciri 16-injap dalam kereta subkompak ibarat anda memiliki konsol permainan 32-bit.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 19

Seperti pendahulunya, Ford menawarkan enjin yang berbeza untuk disesuaikan dengan pembeli yang berbeza. Varian 1.3 liter adalah untuk mereka yang mahukan Ford aras mula. Kebanyakan pembeli cenderung untuk memilih varian 1.6 liter yang menawarkan tahap prestasi dan kecekapan yang lebih seimbang.

Dikuasakan oleh enjin 1.8 liter DOHC 16-injap aspirasi natural (140 PS/153 Nm), Laser TX3 akan mengoyakkan tarmac dalam kedua-dua perlumbaan litar halal dan perlumbaan jalanan haram.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 20

Varian TX3 dipertingkatkan dengan roda aloi putih, cat hitam dan jalur merah di sekeliling kereta. Apa barang Golf GTI eh?

Laser Lynx – Modenisasi yang ketara

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 21

Apabila tahun 1990-an mencapai kemuncaknya, begitu juga dengan Laser dari segi reka bentuk. Tiada lagi reka bentuk berpetak, kini tiba era reka bentuk yang lebih bulat dan aerodinamik.

Baca juga: Mazda Lantis – warisan kereta ‘hero malaya’ sejati, ini 10 fakta menarik!

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 22

Diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1995, Laser generasi keempat mengekalkan kebanyakan elemen reka bentuk Mazda 323/Lantis dengan lencana Blue Oval menggantikan lambang bujur Mazda. 8 varian hebat telah diperkenalkan, daripada sedan asas 1.3 liter sehinggalah kepada hatchback 3 pintu 1.8 TX3.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 23

Kad Pokemon "percuma" itu kini amat bernilai brooo

Akhirnya, pengedar Ford Malaysia pada masa itu AMIM Holdings Sdn Bhd telah mengurangkan penawaran varian kepada 3 sahaja pada penghujung milenium. Pada generasi ini juga Ford memutuskan untuk memanggilnya Laser Lynx.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 24

Walaupun ia kelihatan moden dan TX3 nampak seperti Honda CR-X 90an dari sudut reka bentuk, Laser Lynx akan bergelut dalam jualan dan membawa kepada kejatuhan model tersebut. Pada masa itu, Proton telah menjadi jenama yang lebih dominan dalam pasara, manakala Honda, Toyota, dan Nissan membawa model yang lebih menarik dengan nilai yang lebih baik.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 25

Sepanjang jualan Laser Lynx, model itu hampir tidak berjaya mencapai carta 10 teratas terlaris dengan kemuncaknya berada di tempat ke-20 pada tahun 1996. Lebih teruk lagi, generasi ini merupakan generasi terakhir yang seronok untuk dipandu.

Lynx – yang terakhir

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 26

Apabila Laser generasi terakhir dilancarkan pada tahun 2001, Ford telah menggugurkan nama Laser untuk selamanya. Sebaliknya, ia akan dipanggil Lynx sahaaja dan itu mungkin yang terbaik kerana ia telah kehilangan intipati Laser terdahulu.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 27

Daripada sebuah model yang sporty dan menyeronokkan, ia telah kehilangan jiwa dan bosan untuk dipandu, seolah-olah sebuah sedan segmen D yang lebih sesuai dipandu oleh 'uncle'.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 28

Ford kemudiannya akan melancarkan varian sedan yang dikuasakan oleh enjin 16-injap DOHC 1.6 liter (108 PS/145 Nm) saka seperti hatchback. Ia telah dipasarkan sebagai "C-Class yang sangat berpatutan" dan pada harga kurang daripada RM 100k, ia mungkin kelihatan menarik bagi mereka yang mahukan kemewahan mampu milik.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 29

Namun demikian, peminat Ford inginkan sesuatu yang lebih berkuasa dan menyeronokkan. Hasilnya, Ford akan memperkenalkan Lynx RS pada tahun 2003. Dikuasakan oleh enjin 2.0 liter aspirasi natural yang menghasilkan 143 PS dan 192 Nm, ia memberi suntikan imej pada barisan model Lynx pada waktu itu, walaupun hanya pilihan transmisi automatik 4-kelajuan yang ditawarkan.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 30

Di pasaran lain, Lynx RS ditawarkan dengan transmisi manual 5-kelajuan tetapi dek kerana jualan Lynx sangat teruk, Ford akan menghentikan model itu untuk selama-lamanya. Lynx S yang kurang laris akan digantikan dengan Focus dan akhirnya, Lynx sedan akan melihat peranannya diambil alih oleh Focus generasi kedua.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 31

Laku keras di luar negara, tak laku di Malaysia

Dalam satu lagi kejutan berganda untuk imej dan reputasi Ford di Malaysia, generasi Focus seterusnya gagal untuk merebut kembali semangat dan legasi yang sama seperti Laser. Disebabkan itu, Ford mengambil masa hampir sedekad untuk kembali bertapak di kalangan pembeli kereta Malaysia dengan Fiesta dan itu pun singkat.

Ford Laser - antara model lejen dan pelopor kepada Mazda 3 yang digemari rakyat Malaysia! 32

Namun, walaupun sudah tiada selama 2 dekad, Ford Laser masih digemari dan dipuja oleh peminat Ford Malaysia. Sebelum semua orang mengaitkan Ranger dengan Blue Oval, ia adalah ‘rebadged’ Mazda 323 yang benar-benar diminati rakyat Malaysia.

Baca juga: 12 kereta ini telah dihentikan di Malaysia pada 2021 – Jazz, Outlander, Myvi Manual & banyak lagi!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda