window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini?

Haris · Jun 11, 2021 11:59 AM

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 01

Ford Maverick adalah usaha terbaharu syarikat Blue Oval untuk mengambil tempat dalam pasaran trak pikap jenis unibody di Amerika Syarikat.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 02

Dimensi Maverick berada sedikit lebih kecil daripada Ford Ranger dan bersaing dengan model seperti Honda Ridgeline dan Hyundai Santa Cruz (trak pikap berasaskan Hyundai Tucson).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 01

Berikut adalah perbandingan antara model:

Dimensi Ford Maverick vs Ford Ranger
Dimensi/Model Ford Maverick Ford Ranger Beza
Panjang (mm) 5,072 (-282 mm) 5,354 282 mm
Lebar (mm) 1,745 1,862 117 mm
Tinggi (mm) 1,844 1,859 15 mm
Jarak Roda (mm) 3,076 3,220 144 mm

Dengan jarak roda yang lebih pendek dan dimensi yang lebih ketat, Ford Maverick menawarkan pengendalian yang lebih baik berbanding dengan Ford Ranger.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 02

Ford Maverick kanan sekali

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 03

Maverick hadir standard dengan pacuan roda depan, pemanduan hibrid penuh, dengan 2 motor elektrik dan enjin empat silinder 2.5 liter Atkinson . Susun atur ini bermaksud output keseluruhan mampu dijana sehingga 191 PS dan 210 Nm tork, dengan gandingan automatik CVT.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 04

Bagi mereka yang mencari kuasa yang lebih sedap, terdapat pilihan enjin 2.0 liter EcoBoost juga. Ini menjadikan angka kuasa meningkat kepada 250 PS dan 376 Nm, dan transmisi automatik 8-kelajuan yang memindahkan kuasa ke keempat-empat roda.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 05

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 06

Ford Maverick lima tempat duduk mempunyai kapasiti muatan 680 kg, dan mempunyai landas (flatbed) yang fleksibel, malah dipanggil FlexBed oleh Ford.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 07

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 08

Ia dilengkapi dengan dua soket kuasa 12 volt, empat titik pengikat, empat cincin D, dan lubang bergulir di sisi yang membolehkan pengguna meluncurkan papan kayu ke dalam bagi melakukan susun atur penyimpanan yang bersesuaian.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 09

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 10

Melangkah ke dalam, setiap varian Ford Maverick mendapat sistem infotainment skrin sesentuh 8.0-inci, dilengkapi dengan kemampuan WiFi standard, Android Auto, dan Apple CarPlay.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 11

Kluster instrumen masih menggunakan analog tetapi dilengkapi dengan paparan pelbagai maklumat (MID) 4.2 atau 6.5-inci yang terletak di antara kedua-dua tolok meter analog.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 12

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 13

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 14

Selain itu, Ford menjanjikan poket penyimpanan dan ruang di seluruh kabin, termasuk ruang simpanan di bawah tempat duduk malah ruang barisan kedua cukup untuk memuatkan basikal.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 15

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 16

Ciri keselamatan standard meliputi Ford Co-Pilot 360 ADAS, yang menggabungkan brek kecemasan autonomi (AEB) dan lampu tinggi automatik (Auto High Beam).

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 17

Ruang simpanan yang .... tidak konvensional

Pilihan naik taraf termasuklah kawalan pelayaran adaptif dengan stop & go (ACC), blind-spot monitor dengan amaran lalu lintas belakang (BSM, RCTA), serta bantuan stereng elak dan lorong tengah.

Ford Maverick didedahkan - pasaran Malaysia berminat dengan adik Ford Ranger ini? 18

Harga untuk Ford Maverick bermula dari USD 19,995 (RM 82,300) hingga USD 25,490 (RM 104,955), Ketika ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Adakah trend trak pikap 'mini' bakal menjengah ke rantau ASEAN juga?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda