window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k

Faisal · Jul 22, 2022 11:45 AM

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 01

  • Ford Ranger generasi baharu tiba di pasaran Malaysia
  • Diimport (CBU) dari Thailand
  • 6 varian yang ditawarkan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Ford Ranger generasi baharu ke pasaran Malaysia. Model trak pikap yang digilai ramai ini muncul dengan keluaran serba baru melalui 6 varian yang berharga seperti berikut:

  • Ranger XL (MT): RM 108,888
  • Ranger XL (AT): RM 113,888
  • Ranger XLT (MT): RM 124,888
  • Ranger XLT (AT): RM 129,888
  • Ranger XLT Plus (AT): RM 142,888
  • Ranger Wiltrak (AT): RM 168,888

Harga adalah OTR, tidak termasuk insurans

Varian Raptor pula akan tiba dalam suku 4 (S4) 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 01

Secara amnya, Ford Ranger 2022 ini kekal diimport (CBU) dari Thailand. Ia dihasilkan di fasiliti Ford Thailand Manufacturing (FTM) yang terletak di daerah Rayong.

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 02

Ranger Raptor di tengah juga turut diprebiu.

Untuk makluman anda, Ranger 2022 diasaskan oleh platform T6 generasi kedua. Secara teknikal, ia menggunakan platform modular yang menyokong produk body-on-frame Ford secara global.

Eksterior

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 03

Pada bahagian luar, varian XL dan XLT hadir dengan roda 16 inci yang bersaiz 265/65 R16. Varian XLT Plus dan Wildtrak pula guna roda 18 inci bersaiz 265/60 R18.

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 04

Sebagai model serba baru, Ranger 2022 hadir dengan wajah depan dan belakang yang didominasi oleh lampu LED yang berbentuk huruf ‘C’. Antara sentuhan unik pada model serba baharu ini adalah tempat panjat pada bahagian tepi kargobed bagi memudahkan pengguna untuk gapai barang (varian Wildtrak).

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 05

Dah tak payah nak panjat tayar belakang.

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 06

Selain badan yang lebih lebar, Ranger baharu juga menerapkan jarak kiri kanan roda dan jarak di antara roda depan dan belakang sebanyak 50 mm lebih panjang.

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 07

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 08

Roda depan juga diganjakkan 50 mm lebih depan bagi memberi sudut redah yang lebih baik. Pada masa yang sama, absorber pada suspensi belakang juga diletakkan lebih luar supaya mutu perjalanan menjadi lebih selesa.

Interior

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 09

Masuk ke bahagian dalam, Ranger 2022 menonjol dengan reka bentuk baru yang didominasikan oleh skrin infotainment menegak bersaiz 10.1 inci dan 12 inci (varian Wildtrak). Ia menggunakan sistem operasi terkini SYNC4A dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto jenis wireless. Varian Wildtrak juga ada ciri kamera 360-darjah juga ada.

Juga bacaFord Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 10

Di hadapan pemandu pula ada paparan kluster instrumen digital 8 inci.

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 11

Selain daripada itu, terdapat port USB yang khas untuk dashcam pada bahagian cermin pandang belakang.

Trenkuasa

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 12

Untuk Malaysia, Ranger 2022 selain varian  XLT Plus Wildtrak datang dengan enjin 2.0L turbodiesel yang menghembuskan 180 PS dan 405 Nm tork. Ia digandingkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan atau manual 6 kelajuan yang baru.

Varian XLT Plus dan Wildtrak pula hadir dengan enjin 2.0L bi-turbodiesel yang menghasilkan 210 PS dan 500 Nm tork. Istimewa untuk enjin ini adalah trenkuasa automatik 10 kelajuan.

Juga bacaFord Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k!

Keselamatan

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 13

Ranger 2022 di Malaysia dilengkapkan standard dengan 2 beg udara, ABS & EBD, ESC, Hill Descent Control (HDC), Hill Launch Assist (HLA), Rollover Mitigation (ROM), Trailer Sway Control (TSC) dan Adaptive Load Control (ALC).

Varian XLT Plus dan Wildtrak pula menambah ciri ADAS seperti:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Departure Warning dan Assist
  • Dynamic Brake Support
  • Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesan pejalan kaki & penunggang basikal
  • Post-collision Braking

Eksklusif untuk varian Wildtrak adalah:

  • Evasive Steer Assist
  • Reverse Brake Assist
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go
  • Lane Keeping Assist

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 14

Dari segi pilihan, pembeli ditawarkan dengan warna Artic White, Aluminium Metallic, Lightning Blue, Meteor Grey dan Absolute Black. Varian Wildtrak pula tiada Lightning Blue tetapi datang dengan opsyen warna Luxe Yellow yang menjadi warna keramat untuk Ford Ranger generasi kali ini.

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k 15

Secara amnya, pembeli ditawarkan dengan waranti 5 tahun / 160,000 km tetapi mereka juga boleh menambah lagi 2 tahun melalui Extended Warranty Program dari SDAC.

Juga bacaFord Ranger 2023 di Australia kutip 17,000 tempahan dalam 1 bulan, tempoh tunggu cecah 9 bulan!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda