window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak

Faisal · Nov 24, 2021 03:44 PM

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 01

Ford Ranger generasi baharu telahpun membuat debut global sebentar tadi di pasaran Thailand. Adik kepada Ford F-150 ini tampil dengan reka bentuk moden, platform yang dipertingkatkan dan pilihan trenkuasa yang terkini.

Menurut Ketua Jurutera Platform, Ford Ranger generasi baharu dibina berdasarkan platform T6 generasi ketiga yang dikongsi dengan model Everest dan Bronco.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Roda depannya juga dibawa lebih hadapan untuk sudut kelegaan yang lebih baik. Pada masa yang sama, suspensinya juga dikeluarkan sedikit daripada kerangka badan untuk keselesaan pemanduan yang lebih mantap. Di samping itu, jarak rodanya juga diregangkan sebanyak 50 mm.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 01

Walaupun perincian mengenai angka belum didedahkan, Ford Ranger generasi baharu bakal menawarkan tiga pilihan enjin diesel dan satu pilihan petrol. Enjin 3.0L turbodiesel V6 juga akan menyertai enjin 2.0L turbo dan bi-turbo.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 02

Dari segi transmisi, ia kekal beransur dengan pilihan kotak gear 10 kelajuan automatik.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 03

Selain penampilan lampu DRL depan berhuruf “C”, Ford Ranger serba baharu turut memperlihatkan tulisan ‘RANGER’ yang terpampang megah pada bahagian belakang.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 04

Antara elemen unik yang ada pada Ranger kali ini adalah sesuatu yang dipanggil ‘box side-step’ dimana ia memudahkan pengguna untuk akses kargobed dari bahagian tepi.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 05

Pada bahagian dalam pula, Ranger 2022 menampilkan papan pemuka serba baharu dan tempat duduk yang lebih selesa.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 06

Tetapi apa menonjol adalah skrin infotainment menegak yang berukuran 10.1 atau 12 inci. Selain itu, kluster instrument digital juga turut didatangkan.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 07

Satu lagi pembaharuan yang drastic adalah penggunaan tombol gear elektronik yang dikenal sebagai ‘e-shifter’.

Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak 08

Secara amnya, Ford Ranger serba baharu akan dibina bermula tahun 2022 di kilang Ford di Rayong, Thailand dan Pretoria, Afrika Selatan. Perincian varian dan pelancaran di pasaran lain akan diumumkan dalam masa akan datang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda