window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik!

Haris · May 27, 2021 04:00 PM

Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik! 01

Ford Motor Company telah mendedahkan perancangan mereka untuk Ford+ iaitu barisan model elektrik untuk Ford. Bermula dengan model Mustang Mach-E, Ford akan melangkah ke masa hadapan dengan pembangunan platform yang dipanggil GE2 (Global Electrified 2) dan TE1 (Truck Electrified 1).

Pengurus Komunikasi Produk, Mike Levine dalam satu ciapan beliau telah mendedahkan perancangan Ford dengan beberapa siluet model Ford terkenal antaranya Ford Ranger.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Platform GE2 dikatakan bakal menjadi kerangka asas bagi Ford Ranger elektrik. Platform ini akan memudahkan proses pengeluaran kerana perkongsian komponen casis, motor elektrik dan pek bateri - yang menjadi asas kepada kenderaan elektrik masa hadapan. 

Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik! 01

Selain itu, perkongsian platform pula akan memudahkan serta mengurangkan perbelanjaan dari segi logistik hingga pengeluaran apabila Ford beralih daripada bahan api konvensional kepada elektrik.

Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik! 02

Untuk platform TE1 pula, model trak pikap mercu iaitu Ford F-150 Lightning generasi akan datang bakal dibangunkan menggunakan platform ini. Trak pikap ini bakal menjadi pesaing kepada Tesla Cybertruck dan Rivian R1S (Ford juga mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Rivian).

Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik! 03

Secara tuntasnya, platform GE2 akan dibangunkan untuk kenderaan bersaiz pertengahan seperti Ford Ranger, Mustang Mach E crossover dan Ford Bronco. Manakala platform TE1 akan menjadi taruhan untuk pembangunan model mercu seperti Ford F-150 Lightning dan SUV Ford Lincoln.

Ford Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik! 04

Platform yang sama, bentuk badan yang berbeza

Sebagai sebahagian daripada pelan elektrifikasi Ford+, kerjasama dengan pengeluar bateri SK Innovation turut dianjurkan. Konglomerat dari Korea Selatan tersebut juga mempunyai cawangan di Sabah, Malaysia. Adakah Ford Ranger elektrik ini juga akan hadir ke Malaysia satu hari nanti?

Bacaan Lanjut:

GWM Pao Baja Snake, trak pikap aneh talaan Shelby, lagi padu dari Ford Ranger Raptor?

Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda!

Ford Ranger serba baru: debut seawal tahun 2022, pembangunan kilang giat dijalankan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda