window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux!

Mersita ยท Nov 5, 2020 11:00 AM

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 01

Ford Thailand hari ini melancarkan Ford Ranger 2021 facelift baharu yang menggayakan rupa bentuk yang diperbaharui. Mengiringinya ialah Ford Everest facelift untuk merancakkan lagi pasaran trak pikap di Thailand.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 02

Dengan “Live the Ranger Life” sebagai mantranya, Ford Ranger baharu ini menonjolkan rekaan ‘sporty’ baharu dengan kemaskini seperti di gril hadapan yang berbentuk trapezoid, rim aloi hitam, dan kemasan hitam di perumah cermin sisi serta pemegang pintunya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 01

Ranger facelift ini didatangkan dengan 4 varian untuk pasaran Thailand – Ranger Wildtrak, Ranger XL Street, Ranger XL + Sport, dan juga Ranger XLT 2.2L.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 02

Ranger Wildtrak dikuasai oleh enjin bi-turbo 2.0 liter yang sama dengan Ranger Wildtrak sebelumnya dan juga Ranger Raptor. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan janaan kuasanya kekal sama pada 213 PS dan 500 Nm.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 03

Ranger Wildtrak ini juga dilengkapi dengan sistem ADAS yang sama dengan model sebelum facelift termasuklah AEB dan LDA.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 04

Aksesori baharu iaitu ‘Power Roller Shutter’ ditambah buat julung kalinya eksklusif bagi model Ford Ranger Wildtrak untuk menutup ‘bed’ pikap dengan mudah.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 05

Varian seterusnya tampil lebih bergaya – Ranger XL Street yang rekaannya diinspirasikan oleh pasukan Ford Thailand Racing.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 06

Varian Ranger XL Street boleh didapati sebagai ‘open cab’. Ia dikuasakan dengan enjin turbodiesel 2.2 liter yang menjana 160 PS dan 385 Nm. Tren kuasanya dilengkapi dengan transmisi manual 6 kelajuan untuk pemanduan yang bukan saja bergaya tapi menyeronokkan.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 07

Ranger XL Street tampil menjadi pilihan yang lebih menarik dengan 4 warna baharu – Lightning Blue, Aluminium Metallic, Arctic White, dan Absolute Black.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 08

Varian seterusnya yang melengkapi barisan pelancaran hari ini ialah Ranger XL + Sport dan Ranger XLT 2.2L. Kedua-dua varian ini dikuasakan dengan enjin turbodiesel yang sama dengan Ranger XL Street. Tapi, untuk varian ini pembeli boleh memilih samada mahukan transmisi manual atau automatik 6 kelajuan.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 09

Seperti yang digambarkan, varian XL + Sport lebih kurang sama dengan XL Street tapi tanpa ‘racing stripe’. Perbezaannya dengan model sebelum facelift tidak begitu ketara – hanya perincian hitam pada badannya dan gril sahaja yang berbeza.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 10

Varian XLT 2.2L diberi kelengkapan keselamatan tambahan seperti ESP, kawalan cengkaman, ‘hill launch assist’ (HLA), dan ‘rollover mitigation’ (ROM).

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 11

Setakat ini, Ford Thailand belum mengumumkan lagi harga Ranger facelift baharu ini. Mungkin kali ini tak kelihatan bayang Ranger Raptor facelift lagi, tapi kita boleh jangkakan yang ia akan diumumkan tak lama lagi.

Ford Ranger facelift dilancarkan di Thailand, kasi gegar pasaran Hilux! 12

Di Malaysia pula, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) memberikan nafas baru pada Ranger XLT Plus pada September lepas. Kita mungkin akan menerima Ranger Wildtrak facelift di Malaysia pada tahun hadapan, tapi pastinya dengan sedikit kelainan dari varian pasaran Thailand.

Tambahan pula, hari ini kita juga menyaksikan pelancaran Nissan Navara facelift yang didebut secara global. Ford Ranger facelift baharu ini pasti memberi persaingan sengit kepada Toyota Hilux. Apa pendapat anda, adakah 2021 tahun trak pikap atau SUV? Varian Ranger mana pula yang paling menarik? Jom komen di bawah!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda