window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda!

Zamil Syaheer ยท Apr 19, 2021 02:00 PM

Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda! 01

Lain macam Ford Ranger sapu dekat pasaran Vietnam. Kali ini, bukan sahaja tapau jualan segmen trak pikap/4x4 dengan gabungan jualan 3,873 unit pada 3 bulan pertama tahun 2021, malah keseluruhan pasaran kereta pada bulan Mac dengan 2,171 unit terjual, mendahului Hyundai Accent (2,094 unit).

Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda! 02

Bulan Mac menyaksikan jenama Bujur Biru ini menawan hampir 75% bahagian pasaran dalam segmen trak pikap. Ia terjual 4.5 kali lebih banyak daripada Toyota Hilux pada bulan yang sama, dimana  hanya 478 unit sahaja yang mendapat pemilik baru. โ€‹

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda! 01

Imej dari AutoPro.

โ€‹Sementara itu, Hyundai Accent mengekalkan kedudukannya sebagai sedan segmen B terlaris untuk bulan ketiga berturut-turut dengan 2,094 unit. Ini mengalahkan Toyota Vios (1,971 unit) yang diberi kemas kini pada bulan Februari.

Juga baca: Hyundai Accent mengungguli Honda City/Toyota Vios di Vietnam?

Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda! 02

Vietnam telah melihat tiga model berbeza mengambil tempat kereta laris dalam tiga bulan terakhir. Kereta terlaris pada bulan Januari adalah Mitsubishi Xpander sementara pada bulan Februari, mahkota ini diambil alih oleh Vinfast Fadil. โ€‹

Juga baca: Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021!

Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda! 03

 Vinfast Fadil, Perodua Axia versi Vietnam.

โ€‹Selain menghasilkan kenderaan elektrik pertama dan ‘rebadge’ model BMW, Vinfast juga menghasilkan Fadil. Ia adalah sebuah kereta kompak bersaiz Perodua Axia yang mengambil asas dari Opel Viva.

Apakah kereta yang bakal menjadi model terlaris Vietnam pada bulan ini?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda