window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger Raptor ada 'demand' tapi kenapa Mitsubishi tak jual Triton rali ini? Legenda Dakar jelaskan

Faisal · Sep 17, 2022 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, Mitsubishi bukanlah baru dalam perlumbaan Asian Cross Country Rally (AXCR). Acara itu sendiri telah membuatkan Mitsubishi pecah rekod sebagai pengeluar pertama di dunia yang dapat menghabiskan perlumbaan menggunakan kereta hibrid plug-in (Mitsubishi Outlander Plug-in Hybrid). Bayangkan dengan panas tropika dan persekitaran yang begitu lembap, bagaimana baterinya boleh bertahan sampai begitu rupa? Siap dua kali lagi tu.

Untuk perlumbaan AXCR tahun ini, Mitsubishi sedang memperkasakan semula jenama RalliArt mereka dengan menghantar tiga buah Mitsubishi Triton untuk berlumba pada November 2022 ini.

Secara teknikal, AXCR bukanlah macam perlumbaan World Rally Championship tetapi ia lebih kepada rali ketahanan. Kiranya, ia versi Asia Tenggara untuk Dakar Rally. Jadi, mengekalkan kelajuan yang konsisten dan ketahanan kereta adalah keutamaan berbanding kelajuan.

Sama seperti kemenangan Outlander Plug-in Hybrid yang dahulu, Triton AXCR juga akan mirip kereta produksi. Modifikasinya terhad kepada suspensi, pengurangan berat dan kelengkapan keselamatan yang ditetapkan oleh badan FIA. Enjin dan transmisi pula tidak disentuh langsung.  Malah, sistem penyejukan enjin Triton AXCR juga dikekalkan sebagai standard.

Ford Ranger Raptor ada 'demand' tapi kenapa Mitsubishi tak jual Triton rali ini? Legenda Dakar jelaskan 01

Untuk pengetahuan anda, Ranger Raptor dihasilkan oleh Ford Performance dan ia adalah bukti kejayaan pemasaran melalui imej berinspirasikan motorsport untuk mendapat marjin untung yang lebih tinggi.

RalliArt pula adalah semangat yang dihidupkan untuk mencapai apa yang Ford Performance Vehicles peroleh tetapi masalahnya apabila pelanggan masuk ke bilik pameran Mitsubishi Motors, RalliArt masih kekal sebagai jenama aksesori Mitsubishi.

Juga bacaMitsubishi Ralliart kini kembali semula, bermula dengan Xpander dan Outlander!

Ford Ranger Raptor ada 'demand' tapi kenapa Mitsubishi tak jual Triton rali ini? Legenda Dakar jelaskan 02

RalliArt yang anda nak vs RalliArt yang dijual.

Perkara ini agak mengecewakan kerana Mitsubishi betul-betul mengetengahkan penglibatan Triton mereka dengan legenda rali Dakar dua kali iaitu Hiroshi Masuoka.

Apabila ditanya mengenai peluang pelanggan member Triton yang berprestasi tinggi seperti kereta rali itu, Masuoka berkata bahawa impiannya adalah untuk membawa kekuatan rali Mitsubishi kepada produk yang pelanggan boleh beli tetapi impian itu malangnya belum boleh dicapai pada waktu sekarang.

Ford Ranger Raptor ada 'demand' tapi kenapa Mitsubishi tak jual Triton rali ini? Legenda Dakar jelaskan 03

Hiroshi Masuoka menang rali Dakar dua kali iatu pada 2002 and 2003. Sebelum itu, beliau juga menang beberapa kategori.

“Pada waktu akan datang, pasukan ini pasti akan memberi lebih keterujaan buat semua tetapi mereka perlu sabar sedikit”, kata Masuoka ketika prebiu Triton AXCR di Kanchanaburi, Thailand pada awal bulan ini.

Juga bacaJenama RalliArt kembali semula, tetapi dengan Mitsubishi Outlander, bukan Lancer Evolution!

Beliau turut memberitahu bahawa ini adalah acara kompetitif pertama Mitsubishi Motor yang dibuat di bawah jenama RalliArt. Jadi, ia masih awal dan baru setakat promosi RalliArt dan Triton. Banyak lagi yang akan datang.

Apa yang diimpikan beliau adalah membawa cabaran yang lebih hebat dan membawa Triton ke pentas dunia.

Juga bacaEKSKLUSIF - RalliArt kembali secara rasmi dengan Mitsubishi Triton edisi terhad baru di Thailand!

Ford Ranger Raptor ada 'demand' tapi kenapa Mitsubishi tak jual Triton rali ini? Legenda Dakar jelaskan 04

Untuk makluman anda, legenda rali Dakar itu sudah berusia 62 tahun. Beliau kini merupakan salah satu timbalan presiden di Mitsubishi Motors. Malah, Masuoka juga berada dalam bahagian hubungan awam (Chief Expert) dan pengujian kenderaan (General Manager, Vehicle Function Testing Department, Vehicle Engineering Development Division 1).

Juga bacaApa guna hidupkan RalliArt kalau tiada Lancer Evolution? Ini adalah jawapan Mitsubishi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda