Ranger Raptor X dilengkapi dengan jalur "Over the Top" yang melintasi bonet, bumbung, dan pintu belakang ala Mustang, bersama dengan jalur badan sisi. Ia mempunyai set roda dengan warna yang lebih hitam yang lebih gelap, digelar 'Ashphalt Black'.
Melengkapi keunggulan “Over the Top” adalah bumper depan dan belakang, gril, pemegang pintu, penutup cermin sisi, ventilasi fender dan juga penutup roda, kesemuanya dalam warna hitam matte.
Ford Ranger Raptor X juga ditawarkan dengan empat pilihan warna: Arctic White, Absolute Black, Ford Performance Blue, dan Conquer Grey.
Beralih ke interior, jahitan biru asli dari Ranger Raptor 'normal' telah digantikan oleh jahitan berwarna merah pada stereng dan papan pemuka.
Melengkapkan sentuhan dalaman adalah hidrografi dan kemasan 'Black Alley' di papan pemuka dan kad pintu.
Prestasi – tiada perubahan, masih padu
Tiada perubahan ketara kerana Ranger Raptor X ini dilengkapi dengan trenkuasa yang sama, mod pemanduan, suspensi, brek, dan tayar BF Goodrich All-Terrain yang direka khas dari Raptor ‘normal’.
Sistem suspensi dengan penyerap hentak FOX Position Sensitive Damping (PSD) dan suspensi belakang sambungan Watt yang canggih juga dikekalkan. Sebagai rangkuman, Ranger Raptor menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder bi-turbo diesel dengan 213 PS dan 500 Nm, dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik.
Selain itu, ia mempunynai Terrain Management System (TMS) dengan 6 mod pemanduan termasuklah ‘Baja’ yang diinspirasikan oleh siri perlumbaan rali di Mexico.
Keselamatan – masih lengkap dengan ADAS
Selain 6 beg udara dan sistem keselamatan pasif, Raptor X juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS. Antara ciri yang ada termasuk autonomous emergency braking (AEB) with pedestrian detection, forward collision warning (FCW), lane keeping assist (LKA), dan auto high beam (AHB).
Harga Ranger Raptor X di Thailand
Dengan harga THB 1.729 juta (~ RM 227k), Ford Ranger Raptor X kekal sebagai trak pikap paling mahal di Thailand.
Di Malaysia pula, Ford memang ada Ranger Raptor X, tetapi tiada jalur garisan dan kemasan dengan Raptor X di Thailand. Harganya bermula pada RM 216,888 diatas jalan tanpa insurans.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.