window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux?

Faisal · Mar 24, 2022 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara masa kasar, trak pikap yang begitu digilai ramai ini mengambil inspirasi visual daripada abangnya, iaitu Ford F-150. Yang paling ketara adalah pada lampu depan berbentuk huruf C.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 01

Untuk pasaran Thailand sekarang ini, pelanggan ditawarkan dengan pilihan trenkuasa 2.0L bi-turbodiesel atau 2.0L turbodiesel. Transmisi yang ada termasuklah automatik 10 kelajuan dan 6 kelajuan manual/auto.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 02

Dari segi kuasa, enjin 2.0L turbo pada Ranger Sport, iaitu trim standard buat Ranger menghasilkan 170 PS dan 405 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 03

Ranger Wildtrak juga ada dan trim ini datang dengan enjin 2.0L bi-turbo dan transmisi automatik 10 kelajuan. Ia menghembuskan 210 PS dan 500 Nm tork. Apapun, anda boleh juga dapatkan Ranger Wildtrak dengan enjin 2.0L turbo tetapi ia akan digandingkan dengan pilihan transmisi 6 kelajuan automatik atau manual.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 04

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 05

Pada bahagian dalam, kabin Ford Ranger baharu diserlahkan dengan infotainment potret yang berukuran 10.1 inci atau 12 inci. Sistem ini lengkap dengan SYNC4 Ford serta Apple CarPlay dan Android Auto.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 06

Menariknya, Ranger baharu hadir dengan sumber kuasa 400W dan output AC yang mana ia membolehkan penggunaan periuk nasi dan sebagainya apabila pergi berkelah atau mengembara ke dalam hutan.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 07

Untuk makluman anda, Ford Thailand menawarkan Ranger dengan pelbagai aksesori tambahan. Mengenai ciri bantuan keselamatan ADAS, ia hanya standard untuk varian WIldtrak sahaja. Untuk Ranger Sport, ciri ini didatangkan sebagai kos tambahan.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 08

Berkenaan mod memandu, pemilik mempunyai 6 pilihan yang terdiri daripada Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand. Mod terakhir ini betul-betul diambil daripada Ranger Raptor.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 09

Dari segi harga, Ranger Wildtrak ditawarkan bermula harga 999,000 THB (~RM 125,241). Ranger biasa pula pada 929,000 THB (~RM 116,465). Segala pembelian lengkap dengan waranti 5 tahun atau 150,000 km.

Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux? 10

Secara amnya, kedua-dua Ranger akan dipasang di kilang Ford Auto Alliance Thailand (AAT) dan Ford Thailand Manufacturing (FTM) di wilayah Rayong. Ford sendiri telah melabur sehingga 28 bilion THB (~RM 3.5 bilion) untuk kerja-kerja memperbaharui dan memodenkan segala aspek mengenai tempat pemasangan ini.

Juga bacaFord Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda