Pada bahagian eksterior, terdapat grill depan trapezoidal baru, rim aloi hitam, dan banyak kemasan trim berwarna hitam. Apa yang menarik pada model 2021 ini adalah penambahan Power Roller Shutter (PRS).
Ianya seperti namanya. Senang cerita, anda anggaplah ia seperti but berkuasa untuk trak pikap. Selalunya anda perlu mengangkat penutup belakang trak, tetapi ini adalah secara automatik.
Power Roller Shutter ini juga kalis habuk dan air, malah ianya boleh beroperasi menggunakan butang kunci, butang di interior, ataupun butang di penutup belakang trak. Cun kan?
Spesifikasi Ranger Wildtrak Thailand
Ford Ranger spesifikasi Thailand masih lagi menggunakan trenkuasa yang sama dengan versi pra-kemas kini. Ini bermakna varian XL dan XLT menggunakan enjin 2.2 liter turbodiesel yang menghasilkan 160 PS dan 385 Nm, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik ataupun manual.
Sementara varian Wildtrak pula menggunakan enjin 2.0 liter bi-turbo diesel seperti Ranger Wildtrak dan Ranger Raptor pra-kemas kini. Enjin ini menghasilkan 213 PS dan 500 Nm, dipadankan dengan transmisi 10 kelajuan automatik.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.