window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas berharga RM 136,888, tempahan kini dibuka

Mersita · Feb 24, 2022 08:00 PM

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas berharga RM 136,888, tempahan kini dibuka 01

  • Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas akan dipamerkan di Queensbay Mall Pulau Pinang pada 24 – 27 Februari 2022
  • Akan dipamerkan di semua bilik pameran Ford seluruh negara bermula 10 Mac 2022
  • Dijual pada harga RM136,888 (atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan),  tempahan untuk Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas kini sudah dibuka

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi dan ketersediaan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas.

Dijual pada harga RM 136,8881, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas kini sudah boleh ditempah.

Unit-unit pameran akan dipertontonkan di kesemua bilik pameran Ford di seluruh negara bermula 10 Mac 2022. Namun untuk peminat Ranger dan orang ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat unit ini, bolehlah berkunjung ke Aras Bawah, Centre Court Queensbay Mall di mana satu unit edisi khas tersebut akan dipertontonkan kepada umum pada 24 hingga 27 Februari 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas berharga RM 136,888, tempahan kini dibuka 01

“Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas merupakan kenderaan yang ideal untuk urusan kerja-keluarga-santai bagi kelompok pemandu yang istimewa – para usahawan yang sentiasa mengejar peluang dan menghadapi cabaran setiap masa. Mereka mengejar kejayaan dengan semangat dan sentiasa berusaha sedaya upaya mereka. Dengan edisi khas ini, mereka boleh menikmati gaya eksklusif dalam meraikan pencapaian mereka,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford.

Baca juga: Ford Ranger 2022 serba baharu debut – platform moden, e-Shifter, infotainment menegak

Kelebihan untuk mereka yang mahu lebih baik

Ciri-ciri ruang dalaman dan luaran yang dipertingkatkan untuk Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas ini membezakannya dari trak yang lain, disamping memberikan keselesaan dan gaya premium dengan mudah.

Bahagian luaran yang lebih baharu dengan penampilan yang lebih menonjol dapat dilihat pada rekaan gril hadapan, fender flare dan bar sporti yang direka semula.

Dibina lengkap untuk kegunaan kerja, santai dan keperluan keluarga

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas berharga RM 136,888, tempahan kini dibuka 02

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas ini menampilkan enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan tenaga 180PS dan daya kilas setinggi 420Nm.

Selain keupayaan yang sangat mengagumkan termasuk keupayaan meranduk meredah air setinggi 800mm dan tundaan beban, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas kekal menerajui dalam teknologi terkini dan ciri-ciri bantu pandu yang inovatif.\

Baca juga: Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki!

Set teknologi pintar dan ringkas ini termasuklah ciri-ciri  Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat, sistem multimedia SYNC® dengan kamera undur, 4X4 shift-on-the-fly elektronik, sistem stereng elektrik berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan dan lincah, Pembeza Gelincir Terhad (Limited Slip Differential), Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan  Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban dan Ford MyKey.

Di bahagian dalaman pula, scuff plate dengan logo Ranger serta lampu LED memberikan lebih gaya. Ruang kabin juga dipasang perakam video digital (DVR) yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk rakaman berdefinisi tinggi (HD), paparan lebih luas, rakaman waktu malam, pemasangan penapis cahaya anti silau dan Mobile App yang disambung melalui hotspot yang sepadan dengan Apple IOS dan juga Android. Ia juga datang dengan kad memori 32GB yang membolehkan para pemandu merakam aktiviti mereka atau diguna sebagai ciri keselamatan.

Harga Kebolehsediaan dan Pilihan Warna

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas berharga RM 136,888, tempahan kini dibuka 03

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas ini didatangkan dalam lima pilihan warna  – Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue dan  Meteor Grey.

Seperti kesemua barisan Ranger lain, edisi ini juga memiliki waranti Ford yang baharu selama lima tahun, atau sehingga 160,000km, yang mana-mana terlebih dahulu.

Baca juga: Ford Ranger Gateways buka tirai, pemilik Ford Ranger dicabar rasai kehebatan sebenar trak pikap masing-masing!

Para pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pembelian atau tempahan

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas boleh menghubungi Ford Ranger Specialist melalui WhatsApp Chat atau terus mengunjungi mana-mana bilik pameran Ford.

Untuk maklumat lanjut tentang SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube atau layari  www.sdac-ford.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda