window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford tawar diskaun besar untuk Malaysia - 20% untuk alat ganti dan 10% untuk upah servis

Faisal ยท Dec 2, 2021 10:00 AM

Ford tawar diskaun besar untuk Malaysia - 20% untuk alat ganti dan 10% untuk upah servis 01

Pengedar Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan promosi hujung tahun dan Tahun Baru Cina yang mana ia bermula dari 1 Disember 2021 - 15 Februari 2022.

Pelanggan yang menempah servis sepanjang tempoh kempen ini akan menikmati penjimatan sehingga 20% untuk alat ganti dan 10% untuk pakej upah kerja minyak pelincir, brek dan penukaran tali sawat selain diskaun alat ganti terpilih.

Ford tawar diskaun besar untuk Malaysia - 20% untuk alat ganti dan 10% untuk upah servis 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk lebih ganjaran, pelanggan yang mendapatkan pakej tambahan minyak pelincir dengan pembelian RM40 untuk mana-mana alat ganti atau servis akan mendapat pelitup muka Ford yang eksklusif secara percuma. Bagi pelanggan yang membuat pembelian tambahan RM500 untuk alat ganti dan servis untuk pakej brek dan tali sawat pula akan mendapat beg anyam Denim yang eksklusif berserta pelitup muka Ford.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapat pemeriksaan kenderaan 27-poin yang dilakukan oleh juruteknik bertauliah Ford bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan terbaik, secara percuma.

Ford tawar diskaun besar untuk Malaysia - 20% untuk alat ganti dan 10% untuk upah servis 01

Segala alat ganti tulen Ford juga datang dengan waranti 12 bulan atau 20,000km.

Pelanggan boleh menempah janji temu secara atas talian melalui laman rasmi Ford pada bila-bila masa untuk mana-mana pusat servis Ford yang berdaftar di seluruh negara.

Ford tawar diskaun besar untuk Malaysia - 20% untuk alat ganti dan 10% untuk upah servis 02

Ford Kuching.

Lima pusat servis iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching ada menyediakan kemudahan tempahan janji temu e-Servis dalam masa sebenar. Ini membolehkan pelanggan mengetahui terus akan slot yang ada dan membuat pengesahan tempahan (untuk sebulan lebih awal).

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat janji temu di Pusat Servis Ford terus. Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi, sila layari www.sdacford.com.my.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda