window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford terima paten pelitup muka lutsinar serupa N95, tingkat kebolehan komunikasi

Mersita ยท Feb 10, 2021 09:00 AM

Ford terima paten pelitup muka lutsinar serupa N95, tingkat kebolehan komunikasi 01

Ford Motor Company, sebuah syarikat pembuat kereta terkenal dunia, kini mengembangkan cabang bisnes mereka kepada penghasilan produk kesihatan penting masa kini iaitu pelitup separuh muka.

Namun, produk baru yang sedang menunggu kelulusan paten ini mempunyai satu keunikan yang sangat praktikal iaitu komponen lutsinar (seperti yang digambarkan di atas) bagi meningkatkan keupayaan komunikasi pemakainya.

Ford terima paten pelitup muka lutsinar serupa N95, tingkat kebolehan komunikasi 02

Twitter Ford Motor Company

Pelitup muka istimewa ini juga dikatakan mempunyai kualiti serupa dengan pelitup muka jenis N95 yang mempunyai tahap keberkesanan lebih tinggi โ€“ menapis 95% partikel โ€“ berbanding pelitup muka biasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat automotif tersebut buat masa ini sedang menjalankan ujian ke atas produk ini dan ia dijangka akan mula dijual dalam bulan Mac - Jun 2021.

Jim Baumbick, Naib Presiden Ford dalam satu kenyataan berkata, "Salah satu perkara yang hilang semasa pandemik adalah kuasa sebuah senyuman.

 "Topeng ini akan meningkatkan kemudahan interaksi terutama bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran,โ€ kata beliau lagi.

Ford terima paten pelitup muka lutsinar serupa N95, tingkat kebolehan komunikasi 01

Penggunaan pelitup separuh muka mengurangkan kebolehan komunikasi bukan verbal. Sumber

Menurut pendapat seorang pakar audiologi dari Raleigh, North Carolina memberitahu yang pelitup separuh muka yang biasa mengurangkan tahap bunyi/suara sehingga 10 desibel dan ia adalah satu jumlah yang banyak โ€“ suku dari tahap yang biasa tanpa pelitup muka.

Dari kereta ke teknologi dan rekaan pelitup muka, Ford terus memacu inovasi untuk kesejahteraan sejagat.

Sumber berita: CNN

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda