window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi!

Faisal · Feb 22, 2021 11:00 AM

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi! 01

Mercedes-Benz C-Class generasi W205 sekarang sudah berada di pasaran sejak tahun 2014. Kami ingat lagi sewaktu ia tertiris pada lewat tahun 2013, satu dunia terpesona kerana ia nampak cukup mewah. Malah ketika itu, ia kelihatan seperti S-Class versi kompak. 7 tahun kemudian, sudah tiba masanya untuk generasi baharu beransur.

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi! 02

Baru-baru ini, tertular foto mengenai C-Class generasi baru tanpa sebarang penyamaran. Set foto yang diperlihatkan ini nampak seperti tujuan pengiklanan sebaik sahaja ia membuat debut global pada 23 Februari ini – esok jam 9 malam waktu tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi! 01

Berdasarkan apa yang dapat diperlihatkan setakat ini, Mercedes-Benz C-Class generasi W206 sebenarnya agak mengecewakan. Rekaannya seperti tiada unsur yang mengagumkan. Mungkin kali ini, mereka ingin mengetengahkan aspek premium yang lebih anggun. Untuk maklumat anda, set foto yang tertiris ini menunjukkan varian Avantgarde.

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi! 02

Pada masa yang sama, foto untuk varian AMG Line juga tertiris. Seperti yang dijangka, ia nampak lebih cun berbanding varian Avantgarde. Tetapi, kami masih tidak yakin dengan sentuhan visual yang diterapkan oleh Mercedes-Benz kali ini.

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi! 03

Pada bahagian dalam, C-Class generasi baru nampaknya tampil dengan rekaan skrin infotainment menegak yang dikawal sepenuhnya oleh sentuhan jari seperti iPad. Secara keseluruhan, ia nampak seperti kabin S-Class terbaru (generasi W223). Bagi mereka yang minat dengan interior S-Class W223, mungkin mereka anda suka dengan kabin C-Class kali ini.

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi! 04

Secara teknikal, Mercedes-Benz C-Class W206 bakal hadir dengan enjin 4 silinder sahaja. Semua varian juga dijangka datang dengan teknologi hibrid.

Foto Mercedes-Benz C-Class W206 2021 bocor sebelum debut rasmi! 05

Tak sempurna tetapi sekurang-kurangnya di luar dan dalam nampak istimewa

Oleh itu, apa pendapat anda? Adakah C-Class terbaru buat air liur anda meleleh seperti generasi sekarang?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda