window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Foton Transvan versi 2022 dirasmikan di Filipina, nampak macam van komersial Toyota Hiace

Faisal ยท Sep 20, 2022 07:00 PM

Foton Transvan versi 2022 dirasmikan di Filipina, nampak macam van komersial Toyota Hiace 01

Anda pernah dengan jenama Foton? Pengeluar automotif dari China ini mula tembus pasaran komersial sebelum tahun 2010 lagi dan ia sememangnya ada di Malaysia. Selain lori, antara model yang ada dalam portfolio Foton secara global adalah trak pikap Foton Loader L300 dan van Foton View yang mana ia diguna sebagai ambulan serta kenderaan merantau.

Foton Transvan versi 2022 dirasmikan di Filipina, nampak macam van komersial Toyota Hiace 02

Berdasarkan laporan daripada Autoindustriya.com, pameran Phillippine International Motor Show (PIMS) 2022 yang diadakan baru-baru ini menyaksikan jenama itu merasmikan versi terbaru buat van Foton Transvan. Kalau anda lihat, ia betul-betul nampak macam Toyota Hiace.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Foton Transvan versi 2022 dirasmikan di Filipina, nampak macam van komersial Toyota Hiace 01

Secara teknikal, Foton Transvan hadir dengan enjin diesel baharu Aucan yang menggunakan format 2.0L turbodiesel bagi menggantikan enjin 2.8L turbodiesel Cummins yang terdahulu. Ia menghasilkan 135 PS dan 330 Nm tork. Apa yang baru juga adalah penggunaan transmisi manual 6 kelajuan bagi menggantikan unit 5 kelajuan sebelum ini.

Juga bacaVan komersial legenda Toyota Hiace akan terima generasi baru pada 2025, trenkuasa EV!

Foton Transvan versi 2022 dirasmikan di Filipina, nampak macam van komersial Toyota Hiace 02

Pada bahagian dalam, Foton Transvan 2022 lengkap dengan penyaman udara belakang dan infotainment yang ada port USB dan kamera undur. Dalam masa yang sama, van baharu ini juga hadir dengan cermin berkuasa dan sistem kunci elektronik.

Foton Transvan versi 2022 dirasmikan di Filipina, nampak macam van komersial Toyota Hiace 03

Menariknya, van komersial ini masih tidak didatangkan dengan kawalan kestabilan. Yang ada cuma ABS dan EBD. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan, Toyota Hiace juga tiada ciri tersebut. Jadi, adakah kembar tidak seiras kepada Toyota Hiace ini akan tiba di pasaran komersial kita? Sama-samalah kita tunggu.

Sumber: Auto Industriya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda