window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fuh, tengok amoi cantik ni drift Honda Civic Hatchback FK dengan enjin 2JZ Toyota Supra!

Zamil Syaheer · Jun 26, 2021 11:59 AM

Fuh, tengok amoi cantik ni drift Honda Civic Hatchback FK dengan enjin 2JZ Toyota Supra! 01

Bagi kebanyakan orang di luar sana, Honda Civic adalah pilihan yang selamat dan stailo untuk kereta sedan harian. Ia merupakan salah satu kereta idaman kebanyakan pemuja lambang ‘H’ selain City dan juga Jazz.

Tetapi bagaimana pula jika anda seorang yang suka memberontak dan inginkan suatu yang luar dari kebiasaan?

Fuh, tengok amoi cantik ni drift Honda Civic Hatchback FK dengan enjin 2JZ Toyota Supra! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Anda ambil sebuah Honda Civic Hatchback FK, merubahnya ke pacuan roda belakang, dan sumbat enjin 3.0 liter 6-silinder berlegenda 2JZ-GTE dari Toyota Supra

Tak cukup dengan itu, kasi ‘up’ kuasa ke 450 PS, jauh lebih tinggi daripada Civic Type R FK8 dengan 320 PS.

Fuh, tengok amoi cantik ni drift Honda Civic Hatchback FK dengan enjin 2JZ Toyota Supra! 01

Inilah apa yang dilakukan oleh seorang pemandu drift di China, Echo Gao untuk satu video YouTube berdurasi 8-minit bagi portal automotif China YiChe (BitAuto). Lebih menarik lagi, dia amoi cantik, bukan lengchai!

Permulaan video itu menggambarkan panglima perang kuno China, Liu Bei dari kisah Romance of the Three Kingdoms dengan saudara-saudaranya ketika seorang askar tiba-tiba meluru masuk mengatakan bahawa putera mahkota diculik.

Fuh, tengok amoi cantik ni drift Honda Civic Hatchback FK dengan enjin 2JZ Toyota Supra! 02

Pada mulanya, dua saudara Liu Bei secara sukarela menyelamatkan putera mahkota, tetapi itu tidak berlaku kerana mereka tidak mahu memandu di bawah pengaruh (DUI). Dengan kecewa, Liu Bei menghantar Jeneral Gao untuk menyelamatkan sang putera.

Watak Jeneral Gao dilakonkan oleh Echo Gao. Lihat bagaimana amoi cantik ini memandu Civic Hatchback dengan enjin 2JZ-GTE dengan gerakan yang boleh mencabar siri Gymkhana Ken Block.

Tonton video penuh di bawah.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda