window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm

Mersita · Sep 24, 2020 10:00 AM

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 01

Masanya telah tiba – di sini kami paparkan gambar-gambar rasmi G80 BMW M3 2021 yang menonjolkan gaya ‘sporty’ dan agresif. Kami tahu rupa hadapannya telah mencetuskan kontroversi – ada yang tak setuju dengan reka bentuk grilnya, ada pula yang sebaliknya. Bagi kami, ia agak menarik.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 02

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang kami ceritakan dalam entri baru-baru ini, gambar G80 M3 dan G84 M4 telah bocor di Reddit dan gambar-gambar tersebut telah dihapuskan sebelum dimuat-naik semula ke laman forum BMW. Ada yang mengatakan reka bentuk gril ‘kidney’nya memberi gambaran seperti gigi memerang dan ada juga yang mengatakan BMW semakin hilang identiti klasiknya dengan rekaan gril ‘melampau’.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 01

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 02

Tapi, saya rasakan yang rupa hadapannya tampak hebat dan segar. Bagi yang masih berpegang pada sentimen ikonik BMW, mungkin ini tampak agak melampau. Pada perspektif lain pula, ia menonjolkan sejenis variasi yang betul-betul menarik bukan saja dari rupanya, tapi dari aspek progresifnya. Pada hemat kami, rupa hadapan ini tampak lebih menarik pada G84 M4 yang juga dilancarkan semalam.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 03

Rupa bentuk G80 M3 yang mantap padan dengan prestasinya. Sama seperti M4, M3 didatangkan dalam 2 varian dengan 2 janaan kuasa yang berbeza. M3 yang asas mempunyai janaan kuasa maksima sebanyak 480 PS dan 550 Nm dan dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan, juga boleh didapati dengan pacuan roda belakang. Ia boleh memecut dari 0 – 100 km/jam dalam 4.2 saat.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 04

M3 Competition pula mempunyai janaan kuasa maksima sebanyak 510 PS dan 610 Nm. Ini dipadankan dengan kotak gear DCT 8 kelajuan dengan pacuan roda belakang ataupun pacuan semua roda yang boleh dipilih. Ia melengkapkan 0 – 100 km/jam dalam masa 3.9 saat.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 05

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin ‘inline-6’ 3.0 liter dengan 2 pengecas turbo, ‘direct injection’ yang dioptimasikan, dan sistem ekzos dengan kepak penutup elektronik untuk memberikan anda bunyi ngauman yang menyeronokkan. Kelajuan puncaknya ialah 290 km/jam bagi kedua-dua model.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 06

Memandangkan M3 ialah kereta berprestasi, ada beberapa kelengkapan yang disediakan untuk mereka yang mahu menunjukkan skil pemanduan hebat. Ia ada butang ‘M Mode’ yang membolehkan pemandu untuk memilih antara ‘Road’, ‘Sport’, dan mode ‘Track’ pilihan. Butang M diletakkan di sterengnya untuk penetapan mudah.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 07

Selain dari itu, ia juga ada ‘M Drive Professional’ yang merekodkan masa pusingan. Ia boleh dimuat-naik melalui aplikasi iPhone dan ia juga ada penganalisis drift yang merekodkan durasi masa, garisan dan sudut ‘drift’ pemandu tersebut.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 08

Tambahan pula, ‘body kit’ M Performance boleh didapati untuk G80 M3 jika anda mahukan lebih gaya yang lebih ‘merecik’.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 09

Berbalik kepada topik reka bentuknya, ada yang pelik tapi seperti apa yang kami pernah tulis sebelum ini apabila G22 4-Series dilancarkan - jika ia diberi gril ‘kidney’ yang biasa, ia hanya akan nampak biasa. BMW pernah menghasilkan beberapa rekaan kontroversial untuk beberapa model kereta mereka suatu ketika dahulu.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 10

Contoh paling ketara ialah E60 M5. Ia menggantikan E39 M5 yang tampak anggun dengan badan yang tampak kembung. Tapi, ia mempunyai enjin V10 dan bagi warga Amerika Utara, mereka boleh mendapatkannya dengan transmisi manual 6 kelajuan.

G80 BMW M3 2021 serba baharu dilancarkan, rupa dan kuasa mantap – 510 PS, 650 Nm 11

Ia adalah rekaan yang penuh kontroversi semasa ia dilancarkan 15 tahun lalu. Tapi, hari ini, ada yang melihat E60 M5 sebagai satu kereta klasik moden. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk menggambarkan G80 M3 – ia adalah kereta yang mantap dengan rupa yang mantap dan prestasi yang lagi mantap.

Jika anda sukakan reka bentuknya, G80 M3 disasarkan untuk membuat pelancaran pasaran globalnya menjelang Mac 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda