window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gadis-gadis DOLLA serah IC pada 3 lelaki, disyaki menyamar sebagai polis naik Proton Saga merah

Mersita · Dec 22, 2022 05:00 PM

Gadis-gadis DOLLA serah IC pada 3 lelaki, disyaki menyamar sebagai polis naik Proton Saga merah 01

Kumpulan penyanyi wanita popular tanah air, DOLLA, baru-baru ini berkongsi satu kisah menakutkan dimana mereka dihampiri tiga individu yang mendakwa diri sebagai polis sebelum meminta kad pengenalan (IC) mereka untuk “diperiksa” dan diambil gambar.

Menurut perkongsian DOLLA di Instagram, tiga lelaki menaiki sebuah Proton Saga merah bernombor pendaftaran WYS 2175 menghampiri mereka yang sedang menunggu kenderaan untuk membawa mereka pulang ke rumah selepas latihan tarian. Dalam insiden yang berlaku pada jam 11.30 malam Selasa (20 Disember) itu, kumpulan lelaki itu menghampiri mereka dengan tingkap kereta diturunkan dan merenung mereka dengan pandangan mencurigakan.

Gadis-gadis DOLLA serah IC pada 3 lelaki, disyaki menyamar sebagai polis naik Proton Saga merah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kami takut dan menjangka yang mereka akan merompak kami. Mereka keluar dari kereta dan mula menghampiri kami, semuanya 3 lelaki dewasa. Mereka mendakwa yang mereka adalah anggota polis tapi tak pakai uniform rasmi, dan tidak memandu kereta polis.

Menurut ahli DOLLA, ketiga-tiga lelaki berkenaan tidak menunjukkan dengan jelas lencana identiti polis dan menyoal mereka dengan bermacam-macam soalan. Lelaki itu juga meminta dan mengambil gambar IC mereka tanpa kebenaran. Apabila tindakan mereka dipersoalkan, lelaki berkenaan menjawab, “Kenapa tak boleh, kitaorang polis!” dengan nada yang kasar.

Gadis-gadis DOLLA serah IC pada 3 lelaki, disyaki menyamar sebagai polis naik Proton Saga merah 01

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki berkenaan menyerahkan semula IC mereka dan beredar setelah sebuah kereta berhenti berhampiran keempat-empat wanita itu.

Belajar dari insiden ini, ahli DOLLA menasihatkan semua orang, terutamanya kaum wanita, untuk lebih berhati-hati apabila berada di tempat awam.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda