window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gaduh dan rakam kes jiran warga asing parkir kereta halang laluan, disiasat kerana kongsi di FB?

Mersita ยท May 20, 2021 01:00 PM

Gaduh dan rakam kes jiran warga asing parkir kereta halang laluan, disiasat kerana kongsi di FB? 01

Satu pertelingkahan di USJ1/16 Subang Permai pada Sabtu lalu disebabkan oleh isu parkir kereta menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Pergaduhan tersebut meletus antara dua individu dimana salah seorang menegur tabiat jirannya yang parkir di sisi jalan sehingga menyebabkan kesesakan di laluan perumahan mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman dalam satu kenyataan berkata kejadian itu melibatkan dua lelaki iaitu seorang warga tempatan berusia 34 tahun dan warga Bangladesh berusia 43 tahun.

Gaduh dan rakam kes jiran warga asing parkir kereta halang laluan, disiasat kerana kongsi di FB? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakaman video tersebut memperlihatkan kedua-dua lelaki berkenaan bertengkar dan memaki hamun sesama mereka sambil merakam pergaduhan tersebut menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Lelaki tempatan itu mendakwa jirannya memarkir kereta di hadapan rumah sehingga menyebabkan laluan yang dikongsi menjadi sempit. Dia juga menunjukkan ubahsuai di rumah jirannya itu yang dibina sehingga ke bahu jalan, dengan dua buah MPV Toyota Estima dan Vellfire diparkir di atasnya.

Gaduh dan rakam kes jiran warga asing parkir kereta halang laluan, disiasat kerana kongsi di FB? 01

Sebuah kereta jenis sedan juga dilihat diparkir di satu lorong sempit bertentangan rumah berkenaan.

Kemudian, salah seorang daripada mereka memuatnaik video berdurasi 2 minit 29 saat yang dirakam ke dalam laman Facebook ‘Aduan Rakyat Malaysia’. Video tersebut sempat tular di media sosial sebelum ia dipadam dari laman berkenaan.

Abdul Khalid juga berkata kedua-dua individu terbabit telah membuat laporan polis dan dipanggil ke balai untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelas beliau, pihaknya memandang serius kejadian sedemikian dan meminta orang ramai supaya bersabar dalam apa jua keadaan selain tidak melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Pihak polis juga ingin menasihati warganet supaya tidak menyebarkan sebarang video atau komen yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam.

Baca juga: Bengang depan rumah asyik jadi 'port' parkir, polis dipanggil, jiran dapat saman

"Sekiranya terkesan sesuatu yang dirasakan tidak betul, sila laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya didapati bersalah, hukuman denda adalah sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda