Gagal di Malaysia, Kia Seltos ‘tapau’ Honda HR-V 5x ganda di Vietnam pada Januari 2021

Zamil Syaheer · Feb 25, 2021 05:00 PM

Gagal di Malaysia, Kia Seltos ‘tapau’ Honda HR-V 5x ganda di Vietnam pada Januari 2021 01

Persatuan Pengilang Automobil Vietnam (VAMA) baru saja mengeluarkan data penjualan untuk SUV segmen B bagi bulan Januari 2021, dimana Kia Seltos mendahului carta dengan 1,226 unit terjual.

Gagal di Malaysia, Kia Seltos ‘tapau’ Honda HR-V 5x ganda di Vietnam pada Januari 2021 02

Sumber dari AutoPro.

Apa yang menarik disini ialah tinggi peratusan bahagian pasaran Kia Seltos di Vietnam. Mengikut data penjualan VAMA, Seltos memegang 43% bahagian pasaran yang amat dominan di dalam segmennya.

Gagal di Malaysia, Kia Seltos ‘tapau’ Honda HR-V 5x ganda di Vietnam pada Januari 2021 03

Di tempat kedua adalah Toyota Corolla Cross dengan 853 unit terjual pada bulan yang sama, diikuti Hyundai Kona dengan 353 unit. Agak besar jurang diantara tempat kedua dan ketiga.

Gagal di Malaysia, Kia Seltos ‘tapau’ Honda HR-V 5x ganda di Vietnam pada Januari 2021 01

Sementara itu, Honda HR-V, antara SUV paling popular di Malaysia tidak berjaya mencapai kejayaan yang sama di Vietnam, dengan hanya 229 unit sahaja terjual pada bulan Januari. Ini 5 kali ganda kurang berbanding Kia Seltos.

Akhir sekali dalam senarai tersebut adalah Ford EcoSport dengan 177 unit sahaja terjual pada bulan yang sama.

Gagal di Malaysia, Kia Seltos ‘tapau’ Honda HR-V 5x ganda di Vietnam pada Januari 2021 02

Pernah nampak kat atas jalan tak?

Kembali semula ke Malaysia, Kia sebenarnya dalam keadaan kucar kacir. Pengedar Kia masih beroperasi seperti biasa dan harga Seltos pun baru sahaja didedahkan pada bulan Januari walaupun model tersebut telah ditunjukkan kepada media pada tahun 2020.

Dengan harga RM 116k, adakah Kia Seltos yang diimport dari India (CBU) tidak ada peluang untuk berjaya di Malaysia?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Kia Seltos 1.6EX

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru