window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos?

Zamil Syaheer Β· Feb 16, 2022 02:00 PM

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 01

Imej lakaran oleh Best Car Web

Toyota Sienta adalah salah satu MPV paling unik yang dijual di Malaysia tetapi disebabkan oleh reka bentuk yang dikatakan pelik, ia bukanlah produk yang berjaya dari segi jualan. Namun di Jepun di mana ia dibangunkan, Sienta agak berjaya, dan telah dijual dalam generasi semasanya sejak 2015.

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 02

Namun, ia tidak dapat menandingi saingan terbesarnya, Honda Freed dalam jualan. Secara konsisten, Freed telah mengatasi jualan Sienta di Jepun dan pada tahun 2021, Freed dan Nissan Note adalah satu-satunya model bukan Toyota yang berjaya menduduki carta 10 kereta terlaris Jepun untuk tahun itu.

Juga baca: Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 01

Oleh itu, Sienta generasi terkini dikatakan bakal diganti. Menurut penerbitan automotif Jepun, Best Car Web, Sienta generasi ketiga yang serba baharu boleh diperkenalkan pada Ogos 2022.

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 02

Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh media Jepun, Sienta serba baharu akan dibina di atas platform TNGA-B yang dikongsi pada Toyota Aqua dan Yaris spesifikasi Jepun/Eropah.

Juga baca: Toyota Yaris Cross debut ASEAN pertama, enjin 1.5 hibrid, TSS, harga bermula SGD 102k!

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 03

Trenkuasa Yaris Hybrid

Selain daripada platform, rangkaian kuasa yang digunakan pada Aqua dan Yaris juga boleh dibawa ke Sienta generasi seterusnya. Ini ialah rangkaian enjin Dynamic Force yang merangkumi enjin petrol 1.5 liter M15A-FKS 3-silinder (120 PS/145 Nm) aspirasi semula jadi (120 PS/145 Nm) dan enjin hibrid 1.5 liter (171 PS/261 Nm).

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 04

Tambahan pula, Toyota lebih mementingkan varian hibrid yang mengambil sebahagian besar jualan. Buat masa ini, 70 peratus pembeli memilih hibrid dalam Sienta terkini tetapi Toyota merancang untuk meningkatkan angka itu kepada 80 peratus dengan generasi baharu ini, tambah media Jepun.

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 05

Sumber

Tidak seperti Sienta terkini, reka bentuk untuk MPV generasi ketiga tidak akan begitu drastik. Malah, berdasarkan imej lakaran, Sienta generasi ketiga mungkin kelihatan lebih konvensional dan bulat untuk memberi lebih penekanan pada ruang dalaman.

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 06

Daripada hi-tops kepada kasut trekking

Kalau anda tak tahu, salah satu inspirasi untuk reka bentuk unik Sienta generasi kedua adalah kasut trekking. Keanehan telah menjadi salah satu nilai jualan untuk Sienta, termasuklah model generasi pertama.

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 07

Sienta untuk pasaran Malaysia

Walaupun prospek untuk Sienta serba baharu kelihatan menarik, satu-satunya cara rakyat Malaysia boleh menikmatinya mungkin hanya melalui import recon. Ini kerana Sienta dijual dengan sangat teruk di Malaysia dan situasi itu diulangi di Thailand dan Indonesia; yang terakhir adalah tempat Sienta untuk pasaran ASEAN dibina.

Gagal di Malaysia, Toyota Sienta 2022 serba baharu akan dilancarkan di Jepun pada Ogos? 08

Sienta berspesifikasi Indonesia facelift ditunjukkan, perhatikan gril yang berbeza daripada Sienta Jepun

Model facelift telahpun diperkenalkan di kedua-dua negara jiran, namun jualan sangat teruk sehingga Toyota boleh tidak menjual Sienta generasi seterusnya di Asia Tenggara. Tambah lagi, penawaran pilihan Welcab yang mesra OKU tidak cukup untuk meyakinkan pembeli yang melihat pintu gelangsar elektrik tidak lebih daripada sekadar gimik.

Juga baca: Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda