window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner!

Mersita · Aug 7, 2021 08:00 PM

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 01

SUV ialah salah satu komoditi paling ‘panas’ di pasaran sampaikan hampir setiap pengilang menawarkan sekurang-kurangnya satu model SUV dalam barisan tawaran mereka. Katakanlah, pendapatan/gaji bulanan anda RM 5,000 sebulan, pilihan kereta baharu anda hanya terhad kepada crossover segmen B keluaran tempatan ataupun ‘7 seater’ seperti Mitsubishi Xpander.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 02

Jika anda berhajat untuk memiliki ‘kereta besar’, pasaran kereta terpakai ada banyak pilihan menarik. Walaupun harga Volvo XC60 ataupun Toyota Harrier terpakai sangat-sangat menarik, kaedah pembelian kereta terpakai lain sedikit daripada kereta baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 01

Di bawah ialah beberapa faktor yang patut dipertimbangkan ketika mencari kereta terpakai sesuai untuk gaji bulanan anda:

1. Kereta pilihan dalam senarai ini berusia kurang dari 10 tahun memandangkan kebanyakan pinjaman bank untuk kereta terpakai mesti dilunaskan sebelum kereta masuk usia 13 tahun. Semakin tua kereta itu, semakin pendek tempoh pinjamannya dan semakin tinggi bayaran bulanannya.

2. Kadar faedah/bunga bagi kereta terpakai adalah sekitar 1% lebih tinggi daripada kereta baharu. Kadar yang digunakan di sini hanyalah sebagai contoh, oleh itu anda perlu bertanya pada bank pilihan anda untuk dapatkan kadar terbaru mereka.

3. Kebanyakan kereta terpakai memerlukan bayaran pendahuluan lebih tinggi berbanding kereta baharu – sehingga 20%. Ini akan dijadikan rujukan bagi kiraan bayaran balik di sini.

4. Perlu diingatkan garis panduan yang disarankan ialah elak gunakan lebih daripada 20% gaji bulanan anda untuk bayaran bulanan kereta anda, ditambah dengan 10% lagi untuk penjagaan/penyelenggaraan.

Baca juga: Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78'

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 02

Dengan penjelasan di atas, kami ingin mulakan senarai 6 SUV terpakai yang patut dipertimbangkan bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM 5,000 sebulan. Sama seperti senarai kereta terpakai kami yang terdahulu, kami akan bahagikannya kepada 6 kategori berbeza bergantung kepada keperluan/pilihan pembeli.

Baca juga: Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class!

Bagi yang mahukan ‘all-terrain’

Toyota Fortuner (usia: 6 tahun) – RM 82,800, RM 980/sebulan*

*Mengambilkira kadar faedah 3.5% dengan tempoh pinjaman 7 tahun

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 03

Toyota Fortuner barangkali boleh dianggap sebagai kelahiran semula Toyota Land Cruiser yang klasik, tapi moden. Land Cruiser yang terbaru pun cukup mantap dan lasak, tapi ia agak mahal dan lebih menjurus kepada aspek mewah bagi perbandingan ini.

Baca juga: Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala!

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 04

Fortuner dibina di atas ‘ladder-frame chassis’ sama seperti Toyota Hilux, tapi ia lebih lagi dari sekadar ‘Hailak’ ditambah barisan tempat duduk ketiga. Fortuner ialah ‘off-roader’ yang memang lasak tapi juga dilengkapi dengan beberapa perincian mesra keluarga.

Baca juga: Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama!

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 05

Perincian yang dimaksudkan termasuklah Rear Seat Entertainment (RSE) System yang merangkumi pemain DVD. Jika anda masih menyimpan DVD di rumah, anda boleh mainkannya di dalam kereta untuk tontonan si kecil.

Memandangkan model dalam lingkungan harga ini ialah model generasi terdahulu, ia tidak termasuk kelengkapan lebih moden seperti Apple CarPlay dan Android Auto, tapi kelengkapan ini boleh dipasang dengan alat ‘aftermarket’ yang boleh didapati dengan mudah.

Bagi mereka yang mahukan ruang besar dan luas

Kia Sorento (usia: 4 tahun) – RM 83,300, RM 810/bulan*

*Mengambilkira kadar faedah 3.5% dengan tempoh pinjaman 9 tahun

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 06

Jika anda rasakan Fortuner terlalu ‘old-school’ bagi anda, ada lagi altenatif yang tampak lebih urban dengan harga yang lebih kurang sama. Kia Sorento generasi UM sememangnya dikenali dengan ruang dalaman luas.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 07

SUV tujuh tempat duduk ini ialah salah sebuah SUV paling besar dalam segmennya apabila ia dilancarkan pada tahun 2016. Dengan harga bagi model terpakai kurang daripada RM 100,000, ia juga nampak seperti kereta yang amat berbaloi dengan harganya.

Baca juga: Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran!

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 08

Walaupun ia nampak sesuai di hutan konkrit, UM Sorento ini juga didatangkan dengan sistem ‘all-wheel-drive’ (AWD) sebagai standard dan secara teorinya, anda boleh pandu kereta ini di kawasan jalan mencabar. Sehinggalah generasi seterusnya nanti tiba di Malaysia, model ini kekal sebagai Sorento terbaik yang ada di pasaran kita sekarang.

Bagi mereka yang gemarkan kereta "Conti"

BMW X1 (usia: 6 tahun) – RM 76,800, RM 910/bulan*

*Mengambilkira kadar faedah 3.5% dengan tempoh pinjaman 7 tahun

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 09

Jika dibandingkan dengan SUV lain dalam senarai ini setakat ini, BMW X1 lebih kecil saiznya tapi ia boleh jadi SUV paling mampu-milik bagi merek yang mahukan sesuatu lebih ‘continental’. Memandangkan ia model BMW, kos alat-ganti dan penyelenggaraan akan lebih mahal sedikit, oleh itu asingkan sekurang-kurangnya RM 5,000 sebagai tabung ‘maintenance’.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 10

Berdasarkan usia X1 yang kami cadangkan ini, anda sedang melohat model E84 facelift yang didatangkan dalam dua varian – enjin petrol sDrive20i berpengecas turbo (184 PS/270 Nm) dan enjin turbodiesel xDrive20d (184 PS/380 Nm).

Enjin pertama itu didatangkan dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) manakala yang kedua boleh didapati dengan pacuan semua roda (AWD).

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 11

Walaupun ia SUV BMW paling kecil saiznya, ia masih mempunyai dinamik pemanduan yang sama. Rupa bentuknya mungkin ada yang berkenan, ada yang tidak. Namun jika dibandingkan dengan beberapa kontroversi terbaru berkenaan sesebuah syarikat pembuat kereta Bavaria, rupa bentuknya masih boleh diterima bagi kami.

Bagi ibu bapa yang kaki ‘rally’

Subaru Forester (usia: 4 tahun) – RM 68,800, RM 670/bulan*

*Mengambilkira kadar faedah 3.5% dengan tempoh pinjaman 9 tahun

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 12

Apabila bercakap tentang SUV untuk ‘off-road’ paling sesuai, mungkin tiada jenama lain yang boleh berikan anda SUV sebegini selain daripada Subaru. Mitsubishi mungkin pilihan tepat untuk tujuan ini namun jika dibandingkan dengan Outlander, Subaru Forester tampak lebih ranggi dan muda sambil masih lagi berpegang teguh semangat ‘rally’nya.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 13

Dari segi rupa bentuk, Forester generasi keempat ini lebih kurang sama konservatif dengan generasi barunya. Namun, ia boleh didapati dengan harga lebih murah di pasaran kereta terpakai.

Baca juga: Rebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 14

Sebagai sebuah Subaru, ia cukup hebat dalam aspek teknologi dan kejuruteraan. Dari enjin ‘flat-four Boxer’ sampailah ke tetapan AWD bersimetrinya, Forester dibangunkan untuk mereka yang mahukan lebih adrenalin dalam pemanduan harian bersama keluarga. Anda hanya perlu akur dengan kotak gear CVT dan rupa bentuknya yang kurang hebat.

Bagi mereka yang mahukan keunikan dan ‘lain dari yang lain’

Renault Koleos (usia: 4 tahun) – RM 90,000, RM 880/bulan*

*Mengambilkira kadar faedah 3.5% dengan tempoh pinjaman 9 tahun

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 15

Tak ramai orang kita tertarik dengan Renault Koleos, sebahagian besar kerana harganya yang tinggi iaitu RM 180 ribu. Memandangkan kereta Perancis mempunyai nilai jualan semula yang lemah, hasilnya kita ada banyak pilihan menarik dengan harga lebih rendah di pasaran kereta terpakai.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 16

Jika anda cukup berani untuk jadi lain dari yang lain, Koleos cukup sesuai untuk anda ditambah pula dengan ruang dalamannya yang premium.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 17

Walaupun Koleos terpakai dikatakan satu pilihan aneh tapi jika anda mahukan sebuah SUV yang betul-betul menonjol, ia pastinya kereta Perancis-Korea-Jepun ini. Ataupun Ssangyong Actyon.

Pilihan selamat

Honda CR-V (usia: 4 tahun) – RM 83,800, RM 820/bulan*

*Mengambilkira kadar faedah 3.5% dengan tempoh pinjaman 9 tahun

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 18

Model sebelum facelift ditunjukkan

Walaupun Proton X70 mendominasi pasaran SUV Malaysia, tiada pilihan lain yang anda paling boleh harapkan selain daripada Honda CR-V. Lagipun, ia adalah salah sebuah SUV paling popular sebelum X70 muncul di pasaran.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 19

Memandangkan harga CR-V terkini dan generasi kelima tidak akan jatuh bawah RM 100,000, anda boleh dapatkan model sebelumnya yang sama hebat dengan harga lebih rendah. Kami temui beberapa unit model facelift yang didatangkan sekali dengan kelengkapan seperti LaneWatch walaupun ia hanya varian 2.4 liter.

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 20

CR-V facelift ditunjukkan

Apa-apa pun, jika anda mencari pilihan selamat untuk SUV, CR-V hampir tiada cela. Walau bagaimanapun, pastikan anda pelajari dulu panduan membeli kereta terpakai kami sebelum membuat keputusan muktamad.

Baca juga: Panduan membeli: Honda CR-V gen 4 terpakai - serendah RM 60k, masih lagi SUV pilihan ramai?

Gaji RM 5 ribu tapi nak beli SUV? Ini 6 pilihan SUV terpakai terbaik – dari CR-V ke Fortuner! 21

Itu saja, 6 buah SUV yang patut anda pertimbangkan untuk pendapatan sekitar RM 5,000 sebulan. Seperti biasa, walaupun beberapa buah SUV ini nampak cukup menarik dengan harganya, pembelian SUV terpakai juga ‘ikut nasib’ walaupun ia dianggap lasak secara amnya.

Oleh itu, pastikan anda periksa betul-betul kereta terpakai yang diminati sebelum membuat pembelian kerana barangkali ada saja kekurangan yang tidak akan dimaklumkan oleh penjualnya.

Ikuti tip-tip pembelian kereta terpakai kami di FB WapCar - BM:

Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Tips membeli kereta terpakai: 6 tanda kereta pernah mengalami kerosakan banjir

Tip beli kereta terpakai: Macam mana nak pandu uji kereta terpakai?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda