window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL!

Mersita · May 27, 2022 05:00 PM

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 01

Siapa tak kenal Perodua Myvi di Malaysia, kereta terlaris di pasaran yang sering dikaitkan dengan gelagat pemanduan lain daripada yang lain sehingga diangkat sebagai ‘King of Malaysian Road’. Kini, ia ditampilkan dalam pelbagai gelagat kreatif dalam satu pameran seni King of the Road Showcase yang sedang berlangsung di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 02

Pameran seni ini menampilkan beberapa gubahan Myvi pelbagai bentuk yang dibina menggunakan ‘bricks’ ala Lego.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tarikan utamanya ialah sebuah ‘lego’ Perodua Myvi kuning dalam saiz hidup – lengkap dengan perincian teliti seperti lampu signal, lampu meter, tempat duduk, stereng, dan lain-lain – ‘sebijik’ macam Myvi betul!

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 01

Hasil seni ini diinspirasikan oleh Perodua Myvi Extreme 1.5 “Lagi Power, Lagi Best”, Myvi generasi kedua berwarna kuning yang cukup ikonik dikalangan peminat Myvi.

Projek seni ini diusahakan oleh Bryks.Art, dimana sekumpulan artis berkumpul untuk menghasilkan rekaan arca ‘lego bricks’ yang hebat-hebat seperti ditayangkan dalam acara ini.

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 02

Pengendali acara ini memberitahu WapCar.my bahawa pembinaan Myvi kuning saiz hidup ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan.

Jika dilihat pada koleksi gambar-gambar di bawah, perincian Myvi ‘lego’ ini amat menakjubkan.

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 03

Selain daripada Myvi ‘lego’ saiz hidup ini, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai arca Myvi dalam pelbagai bentuk, kerenah, dan gelagat melucukan yang sinonim dengan personaliti Myvi di jalan raya.

Juga baca: Video: Perodua Myvi tetap 'King', Bezza yang tersondol boleh terpelanting macam kereta mainan

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 04

Ada Myvi terbang lengkap dengan kepulan asap dan sambungan pelancar roket di belakangnya, Myvi ‘tank’ lengkap dengan roda kereta kebal dan ‘bulldozer armor’, serta traktor Myvi yang dilihat ‘sibuk’ menuai padi.

Setiap satunya juga diberi nama yang menarik dan dibina oleh pasukan berbeza-beza dibawah kolektif Bryks.Art.

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 05

Galeri: Pameran Myvi 'Lego' tampilkan gelagat 'King' buat hal, Myvi terbang di Publika KL! 06

Anda boleh saksikan sendiri  arca-arca ‘lego’ Myvi ini dengan mata sendiri bermula dari 26 hingga 29 Mei 2022. Mana tahu, bila tengok arca Myvi buat hal ni, anda teringat onar yang dibuat dengan Myvi sendiri, bolehlah terkekek sorang-sorang.

Juga baca: Hatchback kesayangan Malaysia - Evolusi Perodua Myvi dalam 3 generasi

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda