window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia!

Haris · Oct 29, 2021 03:00 PM

Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia! 01

Ini mungkin bukan suatu kejutan tetapi lebih kepada pengesahan bahawa Volkswagen Golf Mk8 CKD sememangnya akan dipasang secara tempatan.

Hal ini berdasarkan gambar intipan yang dikirim kepada kami, terdapat nombor pengenalan atau VIN. 

Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nombor VIN kenderaan pada asasnya ialah nombor IC kereta anda dan ia mengandungi beberapa maklumat penting, seperti pilihan yang dipasang pada kenderaan, warna badan dan asal kenderaan.

Baca: Elak ditipu? Lihat VIN (nombor pengenalan) kereta yang anda mahu beli!

Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia! 01

Dalam kes Golf GTI Mk8, nombor VIN bermula dengan PPV, memberi petanda bahawa pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) bagi hot hatch ini telah bermula di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

PPV ialah nombor unik untuk Volkswagen Malaysia.

Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia! 02

Model VW Golf Mk8 biasa juga dijangka akan dipasang di kilang yang sama. Hal ini membuka lembaran baru bagi Volkswagen kerana model ini akan pertama kalinya dipasang tempatan.

Volkswagen Golf Mk1 sehingga Mk7.5 dipasang dari luar negara (CBU), dan Mk8 menandakan transisi terhadap pemasangan Malaysia.

Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia! 03

Bukan 1 tetapi 2 model Volkswagen Golf Mk8 yang akan hadir ke Malaysia. Berdasarkan pemerhatian kami, model berwarna merah adalah VW Golf GTi Mk8 manakala model berwarna putih adalah VW Golf TSi Mk8 biasa.

Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia! 04

Dengan susun atur pemanduan sebelah kanan, VW Golf GTI Mk8 ini berkemungkinan besar akan menggunakan transmisi DSG 7 kelajuan dengan pengubah gear secara elektronik (shift-by-wire).

Transmisi canggih tersebut dipadankan dengan enjin 4 silinder 2.0 liter berkuasa Turbo yang mampu menjana sebanyak 245 PS kuasa kuda dengan 370 Nm tork, cukup sesuai dengan reputasi hot hatch ini.

Model Volkswagen pemasangan tempatan lain termasuk Volkswagen Tiguan, Volkswagen Passat dan Volkswagen Arteon. Polo dan Vento yang lebih kecil telah dihentikan.

Baca: Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda