window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux?

Zamil Syaheer · Mar 24, 2022 03:00 PM

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 01

Inilah dia, gambar langsung Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok. Ia akan bersaing dalam Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 yang dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos.

Konsep Mitsubishi Triton Rally Car merangkumi Mitsubishi Motors-ness dan falsafah mereka tentang kekukuhan, kekuatan dan kuasa.

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian eksterior, Triton Rally Car menampilkan warna dan pelekat ikonik yang terdiri daripada merah, perak dan hitam yang tersohor di arena Rali Dakar dan Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Baca juga: Legenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

Menaikkan rupa garang Triton ini penggunaan suspensi boleh laras, snorkel, ‘mud flaps’, cangkuk tunda, serta rim Work Crag T-Grabic II berukuran 17-inci dengan tayar Yokohama Geolandar M/T dengan saiz 265/70.

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 01

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 02

Terdapat juga ‘recovery point’ tambahan dan dua tayar ganti di kabin belakang.

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 03

Memandangkan ia digunakan untuk rali, Triton dilengkapi dengan ‘rollcage’ untuk memastikan ia lebih selamat serta ‘body’ lebih keras. Manakala, tempat duduk standard ditukar kepada ‘full  bucket’ Bride Zeta III untuk penumpang serta pemandu, dipadankan dengan tali pinggang Cusco 5-poin.

 

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 04

Selain itu, karpet interior telah dibuka, dan stereng standard digantikan dengan Sparco 345.

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 05

Kami tidak pasti sama ada Triton ini menerima sebarang pengubahsuaian terhadap kuasa enjin serta tork. Triton standard di Thailand menghasilkan 181 PS dan 430 Nm daripada enjin 2.4 liter turbo-diesel yang dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 06

Triton dilengkapi dengan sistem 4WD yang digelar Super Select 4WD ll. Ia menggunakan penggerak elektrik untuk memudahkan penukaran antara mod pemacu yang berbeza dan ‘differential’ tengah dengan pemisahan tork depan/belakang 40:60.

Gambar langsung: Mitsubishi Triton Rally Car di Pameran Motor Bangkok 2022 – apa barang Hilux? 07

Pasukan Mitsubishi Ralliart ini dimiliki oleh TANT SPORTS di Thailand, tetapi mendapat sokongan teknikal Mitsubishi Motors. Pasukan ini diketuai oleh Encik Hiroshi Masuoka, salah seorang pemandu rali Jepun terhebat yang memenangi Rali Dakar dua kali berturut-turut, pada 2002 dan 2003.

Baca juga: Tak payah Lancer Evo – Mitsubishi bakal berjuang dengan Triton untuk Asia Cross Country Rally 2022!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda