window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru!

Mersita Β· Feb 8, 2023 05:07 PM

Gambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru! 01

Inilah dia, Perodua Axia D74A 2023 serba baru ditayang penuh tanpa celoreng! Dua gambar Axia baru yang diberikan oleh Perodua di bawah menunjukkan wajah sebenar Axia baru untuk tatapan anda.

Gambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru! 02

Ini rupa hadapan Axia serba baru dalam varian AV. Jika dilihat dengan lebih teliti, ia memaparkan lampu hadapan LED, daytime running lights (DRL) LED, dan juga kamera stereo Advanced Safety Assist di bahagian atas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru! 01

Dilihat pada rupa belakang Axia AV ini pula, anda boleh lihat lampu brek kombinasi LED. 'Punggung' Axia baru yang tampak lebih gempal ini boleh dikatakan seakan-akan VW Polo - menunjukkan rupa lebih 'premium' pada kereta mampu milik.

Gambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru! 02

Terdahulu, kami ada menayangkan gambar-gambar Axia serba baru yang masih diselubungi celoreng. Axia D74A serba baru ini tampil lebih rendah dan pastinya lebih panjang berbanding model terdahulu.

Gambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru! 03

Ruang kabinnya turut ditayangkan - tampil lebih kurang sama seperti Ativa terutama sekali pada stereng, tombol gear, kawalan penghawa dingin, dan panel meter digital sepenuhnya. Memang serba baru bagi model seperti Axia.

Gambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru! 04

Tanggapan awal bagi hatchback terbaru keluaran Perodua ini cukup bagus dan kami lihat kualiti binaan serta material yang digunakan adalah lebih bagus berbanding sebelumnya.

Juga baca: Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia?

Anda terpikat atau tidak dengan rupa baharu Perodua Axia D74A 2023? Jom komen di FB WapCar-BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda