window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai!

Haris · Aug 23, 2021 05:00 PM

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 01

Siapa sangka, sebuah lagi crossover kompak bakal menghiasai jalan raya Malaysia. Proton Iriz facelift 2022 kini rasmi dilancarkan pada 4 Ogos 2021. Taruhan utama Proton Iriz kali ini adalah varian Iriz Active dengan penampilan berbeza, sebuah crossover kompak.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 02

Apabila Proton memberi kebenaran untuk melawat Proton Iriz facelift 2022 ini, peluang tidak dilepaskan untuk melihat Iriz Active dengan lebih dekat. Bagi mereka yang mahu panduan perbezaan Proton Iriz lama vs baru, ikuti pautan di bawah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Baru vs Lama – Proton Iriz facelift 2022, perubahan ketara, dah boleh tapau Myvi?

Pandangan awal - Jumlah varian diperkemas

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 01

Hanya 3 varian yang ditawarkan pada penambahbaikan kali ini. Tiada lagi model transmisi manual ditawarkan bagi kedua-dua Proton Iriz dan Proton Persona. Selain itu, transmisi automatik CVT dikekalkan dengan dakwaan talaan semula yang dipertingkat. 

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 02

Ya, transmisi CVT ini telah dipertingkat

Keputusan untuk menggugurkan transmisi manual diambil atas sebab-sebab kurang sambutan. Malah, dikatakan hanya sekitar 6% sahaja Proton Iriz dijual dalam transmisi manual. Realitinya, 'peminat' Iriz manual hanya sedikit sahaja.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 03

Transmisi CVT ini menerima talaan untuk menawarkan 5 nisbah gear maya. Ia juga kini dilengkapi dengan pilihan mod pemanduan Eco dan Sport. Apa perbandingan antara keduanya? Nantikan rebiu dari kami.

Trenkuasa Proton Iriz facelift 2022
Varian Trenkuasa
Standard

4-silinder 1.3L, NA

95 PS @ 5,750 rpm

120 Nm @ 4,000 rpm

CVT

Executive

Active

4-silinder 1.6L, NA

109 PS @ 5,750 rpm

150 Nm @ 4,000 rpm

CVT

Eksterior - Iriz tidak pernah ditampilkan sebegini

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 04

Secara umumnya, model Proton Iriz facelift 2022 ini tampil dengan rekaan yang lebih kemas. Trim krom dikurangkan dan lebih banyak menggunakan warna gelap. Malah, bentuk busur yang ada pada gril sebelum ini dikemasini dengan sangat menarik.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 05

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 06

Tiada lagi Ethereal Bow, rekaan gril Proton Iriz facelift 2021 kini menggunakan rekaan Infinite Weave biasa dengan logo baru Proton 'Thundercat'. Malah, rekaan gril bawah juga dikemaskini dengan bingkai berwarna perak.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 07

Lampu hadapan LED akhirnya telah sampai ke Proton Iriz tetapi hanya boleh dipasang pada Proton Iriz Active. Varian lain masih mengekalkan lampu hadapan jenis halogen.

Satu langkah ke hadapan, 2 langkah ke belakang. Ini kerana Perodua Myvi dilengkapi dengan lampu LED untuk semua varian.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 08

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 09

Secara amnya, perkara yang paling mencolok mata mengenai Proton Iriz Active adalah 'seragam' hitam tebal di sekeliling badannya, pada bahagian bawah. Rekaan ini memberikan penampilan sebuah SUV yang gagah untuk Iriz Active.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 10

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 11

Ia juga mengambil beberapa warna terlaris Proton X50 bagi mengasimilasikan rekaan ini dengan model SUV laris tersebut. Antaranya adalah warna Passion Red ini (2 tona, bumbung hitam) dan warna Citric Orange. Yang mana jadi pilihan anda?

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 12

Rekaan baharu juga ditampilkan pada bahagian rim. 2 ukuran rim iaitu 15 dan 16-inci menyempurnakan lagi rupa Proton Iriz facelift 2022. Bagaimana pula dengan tayar?

Baca: Jenama & model tayar kereta terbaik mengikut jenis untuk saiz 13 hingga 17 inci!

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 13

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 14

Bahagian belakang kelihatan sama, sebahagian besarnya mempunyai reka bentuk yang sama tetapi kini dilengkapi dengan aksesori tambahan baru di bawah plat nombor. Ini bagi melengkapkan lagi rupa crossover Proton Iriz Active.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 15

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 16

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 17

Rekaan dalaman - Nampak sama dengan sedikit kemaskini

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 18

Bahagian luar yang diperbaharui dipadankan dengan kabin dalaman yang segar, dengan perubahan yang paling ketara adalah papan pemuka yang direka semula dan sistem infotainment skrin sesentuh gaya terapung baru.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 19

Headunit 8-inci yang lebih besar dipasang dalam varian Eksekutif dan Active, dan hanya varian Active sahaja yang menerima kawalan suara secara eksklusif untuk Proton Iriz. Sementara itu, varian Standard hanya dipasang dengan radio biasa.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 20

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 21

Sistem penyaman udara juga telah dikemasini. Tiada lagi corong penyaman udara konsol tengah yang menghala ke sisi, antara penambahbaikan yang sangat ditagih.

Baca: Proton Iriz Active: Kos penyelenggaraan RM 3.6k dalam tempoh 5 tahun / 100k km, murah?

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 22

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 23

Bagi tujuan keselesaan, Proton Iriz Active menggunakan kerusi separa kulit, dan kemasan kulit pada bahagian stereng. Tidak dilupakan, pad perehat lengan pada bahagian pintu kini tersemat Active besar-besaran.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 24

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 25

Bagi mengelakkan suasana yang muram, warna kontra merah menghiasi kabin dalaman. Boleh didapati pada bahagian jahitan tempat duduk dan yang paling menangkap mata adalah pada tali pinggang keledar.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 26

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 27

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 28

Apa lagi kemaskini yang ada pada bahagian dalam? Ini antara beberapa benda 'best' yang ada pada Proton Iriz:

  • Perehat lengan konsol tengah
  • 2 pengecas USB untuk penumpang
  • 3 pengecas USB bahagian hadapan
  • 1 port USB untuk kemudahan dashcam

Ya, tak perlu lagi upah bengkel untuk pasang dashcam dan sorokkan semua wayar yang berselirat. Proton Iriz ada penyelesaiannya.

Konklusi - Unik dalam kelasnya

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 29

Penampilan Proton Iriz facelift 2022, lebih-lebih lagi dengan penampilan crossover untuk varian Iriz Active membawa suatu keunikan di dalam kelasnya. Tak banyak model crossover kompak yang ada dalam pasaran, malah lebih banyak yang dilupakan. Masih ingat Citroen C3 Aircross?

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 30

Adakah rupa ini mampu diterjemahkan pada ujian dunia nyata? Jika ya, apa yang boleh diharapkan? Nyatakan kepada kami apa prestasi yang mahu anda tahu untuk Proton Iriz Active ini.

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 31

Perbincangan mengenai transmisi patutnya sudah reda. Kita tidak boleh memukul rata bahawa kesemua transmisi ini adalah sama. Selepas beberapa facelift dengan peningkatan prestasi, adakah ia kini sedikit lebih baik?

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai! 32

Harga bagi Proton Iriz facelift 2022 adalah seperti berikut:

Harga Proton Iriz facelift 2022 di Malaysia
Varian Harga
1.3 Standard CVT RM 40,300
1.6 Executive CVT RM 47,100
1.6 Active CVT RM 54,000

Baca: Berminat untuk membeli Proton Iriz 2022? Inilah gaji minimum yang diperlukan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda