window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia?

Mersita · Dec 3, 2021 11:59 AM

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 01

Susulan debutnya di Taiwan, Toyota Corolla Cross GR Sport (GR-S) menghala ke Thailand pula. Thailand juga merupakan pasaran yang memperkenalkan crossover Toyota itu yang membawa nama berlegasi Corolla.

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 02

Sejak ia dilancarkan, Corolla Cross telah berjaya menduduki carta teratas dari segi jualan dalam segmennya di Thailand – dengan rekod 27,794 unit terjual. Corolla Cross versi hibrid juga merupakan antara SUV hibrid paling popular di negara itu dan varian inilah yang diberi penambahan GR Sport di Negeri Gajah Putih itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 01

Secara rasminya dilancarkan di Thailand Motor Expo (TME) ke-38, Corolla Cross GR-S memaparkan beberapa penambahbaikan selain daripada jejaring hadapan yang berbeza. Kali ini kami ingin tayangkan perincian lain pada varian SUV popular yang lebih ‘sporty’ ini, ihsan dari rakan sekerja kami di AutoFun Thailand.

Baca juga: Thailand dapat Toyota Corolla Cross GR Sport - orang Thai selalu dapat ‘barang baik’!

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 02

Kita mulakan dengan jejaring ini, satu perincian yang menarik perhatian walau pada model bukan BMW. Jejaring Corolla Cross GR-S direka semula bagi memberikannya rupa lebih macho, menyerupai rakan SUV-nya yang lebih besar iaitu RAV4.

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 03

Dengan varian GR-S ini, Corolla Cross kini memaparkan tiga rekaan hadapan berbeza yang terdiri daripada Frontlander ‘spec’ Jepun/eksklusif China dan Corolla Cross bagi pasaran global.

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 04

Selain daripada jejaring hadapan, Corolla Cross GR-S diberi bampar hadapan dan belakang yang direka semula, skirt sisi, dan rim aloi stail GR 18 inci.

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 05

GR-S tidak lengkap tanpa lencana GR di beberapa bahagian badannya. Lencana ini bukan saja menonjol di badan luarannya, namun di dalam kabin juga dipenuhi dengannya. Logo GR berperincian timbul mengemaskan ‘headrest’ tempat duduk hadapan dan ia juga diletakkan di butang ‘stop-start’ serta lapik kakinya.

Baca juga: Toyota Hilux GR Sport 2021 debut di Thailand – kit lagi banyak, suspensi lagi padu!

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 06

Ruang dalamannya juga dilengkapi dengan upholsteri kulit rona hitam piano yang menonjolkan lagi rupa ‘sporty’ Corolla Cross GR-S ini.

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 07

Walau bagaimanapun, penambahbaikan ini bukan pada rupa bentuknya semata-mata. Sama seperti Vios GR-S, Corolla Cross GR-S memaparkan ‘suspension’ yang ditala baru dan ia eksklusif hanya untuk varian ini. Toyota mengatakan yang tetapan ‘suspension’ dinaiktaraf ini memberi cengkaman hebat dan keyakinan lebih baik bagi pemandu apabila memandu di selekoh.

Baca juga: Rebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 08

Walaupun terdapat naiktaraf dimana-mana, di bawah hudnya masih sama. Corolla Cross GR-S masih dikuasakan oleh enjin hibrid petrol-elektrik 1.8 liter 2ZR-FXE berkitaran Atkinson (98 PS/142 Nm). Enjin ini dipadankan dengan sebuah motor elektrik yang menjana kuasa tambahan 72 PS dan 163 Nm.

Baca juga: Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka!

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 09

Apabila digabungkan, enjin dan motor elektriknya boleh menjana kuasa sehingga 122 PS yang memacu roda hadapan menerusi kotak gear e-CVT.

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 10

Kelengkapan keselamatannya juga serupa dengan kelengkapan yang ada di dalam varian hibrid – amaran keluar lorong dengan bantuan stereng, sistem pra-perlanggaran, serta lampu tinggi automatik sebagai standard.

Satu perincian keselamatan tambahan yang ada ialah ‘All-Speed Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan ‘Lane Tracing Assist’ iaitu DRCC versi dinaiktaraf yang boleh mengurangkan kelajuan sehingga 0 km/jam dan menaikkannya semula ke tahap yang diperlukan apabila laluan trafik di hadapan kereta kosong.

Baca juga: Tahukah anda, ACC Perodua Ativa kurang berfungsi dalam terowong? Bukan sebab murah!

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 11

Corolla Cross GR-S boleh didapati dalam tiga warna – Platinum White Pearl, Red Mica Metallic, dan Attitude Black Mica. Dua warna terawal tadi boleh didapati dengan atap berwarna hitam yang menambah lagi aura ‘sporty’nya.

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 12

Harga bagi Corolla Cross GR-S bermula dari THB 1,249,000 (~RM 156,000), iaitu THB 50,000 (~RM 6,200) lebih mahal berbanding varian tinggi terdahulu iaitu Corolla Cross HEV Premium Safety.

Baca juga: Thailand sambut kejayaan Toyota Corolla Cross dengan kit Modellista, Malaysia apa macam?

Gambaran dekat Toyota Corolla Cross GR Sport ‘spec’ Thai, ada kemungkinan masuk Malaysia? 13

Apa macam, anda suka rupa bentuk Corolla Cross GR-S? Buat masa ini, UMW Toyota (UMWT) belum lagi membuat apa-apa kenyataan tentang kedatangan Corolla Cross GR-S di Malaysia, namun kami sudah tak sabar menunggu pelancaran Corolla Cross Hybrid dipasang tempatan dipasang tempatan (CKD).

Baca juga: Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda