window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden

Faisal ยท Aug 11, 2022 11:00 AM

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 01

Jenama EV ketiga di bawah Geely selain Geometry dan Zeekr, iaitu Radar pada bulan lepas telah membuat debut di China melalui model pertama mereka iaitu trak pikap elektrik Radar RD6.

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 02

Sebelum ini, Geely hanya mendedahkan bahagian luar dan bahagian belakang sahaja tetapi kali ini, giliran bahagian kokpit pula. Dari apa yang dapat dilihat, kabin Radar RD6 menggabungkan unsur lasak dan moden, sama seperti trak pikap lain di zaman sekarang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaBoleh ganti Proton Arena? Geely memperkenalkan Radar RD6, trak pikap elektrik baru di China

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 01

Nasib baik bukan canggih tahap Radian R11. Kalau tak, terpingga-pingga pengguna nak pakai.

Pada bahagian tengah, kokpit Radar RD6 didominasikan oleh skrin infotainment lebar dan kluster analog. Walaupun nampak begitu canggih, konsol tengahnya masih menerapkan kawalan jenis butang dan tombol.

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 02

Antara elemen menarik yang terdapat pada kabin ini termasuklah kawalan mod memandu Eco, Comfort dan Sport yang terpampang megah pada bahagian tengah. Butang kawalan cengkaman dan turun bukit pun ada.

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 03

Selain itu, tombol gearnya dilihat menggunakan jenis elektronik yang konvensional, bukan jenis butang tekan yang mungkin boleh buat pemilik rasa janggal.

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 04

Buat masa ini, Geely belum lagi mendedahkan spesifikasi trak pikap elektrik ini tetapi maklumat yang telah dikeluarkan menunjukkan bahawa Radar RD6 boleh dipandu sejauh 600 km (ujian dalam kitaran China) dan pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 6 saat. Macam kebetulan pula dengan nama RD6. 6 belaka kan?

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 05

Unutk makluman anda, Radar RD6 dijadualkan untuk membuat pelancaran di China pada 9 September 2022. Secara amnya, trak pikap elektrik ini dicipta untuk penggunaan urban jenis gaya hidup.

Gambaran pertama interior pikap Geely Radar RD6 EV - susunan 'straightforward' tapi moden 06

Menariknya, Geely turut merancang untuk memperkenalkan trak pikap ini ke pasaran Asia Tenggara dan Amerika. Perkara ini agak masuk akal kerana tahap penerimaan trak pikap di China sendiri tidaklah sehebat mana (hanya menyumbang 2% daripada jualan automotif 2021 di sana). Jadi, elok juga kalau mereka rancang terus untuk pasaran luar.

Juga bacaJenama EV Geely terbaru dikait dengan Asia Tenggara, trak pikap Radar RD6 untuk Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia