window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023

Faisal · Apr 2, 2023 04:00 PM

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 01

  • Audi Q8 e-tron buat debut Asia Tenggara
  • Pelancaran di Malaysia pada Jun 2023
  • Kuasa cecah 408 PS/664 Nm, bateri 106 kWj, jarak pandu 481 km

Dalam acara Audi House of Progress di Singapura baru-baru ini, SUV EV Audi Q8 e-tron telah membuat debut Asia Tenggara.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 02

Pengedar rasmi kereta Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) dalam majlis tersebut pula memberitahu bahawa Malaysia akan menjadi antara terawal di Asia Tenggara untuk dapat Audi Q8 e-tron, iaitu apabila pelancaran pada bulan Jun berlangsung. Harganya dianggarkan bermula dari RM 369k – RM 476k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 01

Secara amnya, gaya badan SUV dan Sportback juga akan ditawakan sekali dan masing-masing ada varian e-tron 50 dan e-tron 55. Unit yang dipamerkan ini pula adalah Q8 advanced e-tron 50 quattro.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 02

Untuk Q8 e-tron spesifikasi di Malaysia nanti, varian yang ditawarkan akan bermula dari Q8 e-tron advanced 50 dan ia mempunyai 340 PS/664 Nm dari dua motor elektrik (AWD). Sumber kuasa ini disokong oleh bateri 89 kWj (95 kWj nominal). Jarak pandunya pula adalah 410 km.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 03

Audi Q8 Sportback e-tron advanced 50 pula hadir dengan trenkuasa sama tetapi kelengkapannya dipertingkatkan dengan lampu LED Matrix, suspensi adaptif sport, tempat duduk sport dan pakej trim hitam.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 04

Varian lebih atas iaitu Q8 e-tron S line 55 hadir dengan bateri 106 kWj (114 kWj nominal) bersama dengan motor elektrik yang lebih berkuasa iaitu mencecah 406 PS/664 Nm. Jarak pandunya pula meningkat sehingga 481 km.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 05

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 06

Antara kelengkapan standard yang didatangkan termasuklah lampu projektor, lampu digital LED Matrix, cermin pandang tepi jenis virtual, bumbung suria panoramik, head-up display dan sistem audio Bang & Olufsen.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 07

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 08

Audi Q8 Sportback e-tron S line 55 pula menambah pakej trim hitam pada bahagian eksterior, tempat duduk sport dan suspensi sport adaptif.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 09

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 10

Dari segi pengecasan, varian Q8 e-tron 50 menyokong pengecasan AC 11 KW, manakala jenis pantas DC pula sehingga 150 kW.

Varian Q8 e-tron 55 pula dinaik taraf dengan pengecasan AC 22 kW, manakala jenis pantas DC pula mencecah 170 kW.

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 11

Gambaran SUV EV Audi Q8 e-tron secara 'depan mata', pelancaran di Malaysia pada Jun 2023 12

Bagi anda yang belum tahu, tempahan Audi Q8 e-tron ini sudahpun dibuka untuk Malaysia. Apapun, kami diberitahu bahawa tempahan yang dibuat sekarang hanya boleh diserahkan bermula tahun 2024. Sebagai ringkasan, anggaran harga buat SUV EV mewah ini bermula dari RM 369k – RM 476k.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Audi e-tron Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia