window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gara-gara perhimpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong 6 jalan di KL, tutup operasi LRT, MRT, KTM, Monorail esok!

Khairil · Jan 21, 2022 08:00 PM

Gara-gara perhimpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong 6 jalan di KL, tutup operasi LRT, MRT, KTM, Monorail esok! 01

Susulan penganjuran perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ di hadapan pusat beli-belah Sogo dan beberapa lagi lokasi, esok, polis akan mengadakan lencongan jalan di sekitar pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam satu kenyataan media, IPD Dang Wangi akan melencongkan 6 jalan iaitu Jalan Kucing, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

Lencongan ini akan bermula pada jam 7.00 pagi sehingga selesai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gara-gara perhimpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong 6 jalan di KL, tutup operasi LRT, MRT, KTM, Monorail esok! 01

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima maklumat yang tular di media sosial bahawa terdapat beberapa individu dan pihak yang akan menganjurkan perhimpunan di ibu negara.

Katanya, perhimpunan itu jelas melanggar undang-undang yang berkuatkuasa iaitu Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 (Kawalan Berhimpun), Peraturan – Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. 

Gara-gara perhimpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong 6 jalan di KL, tutup operasi LRT, MRT, KTM, Monorail esok! 02

Selain daripada lencongan jalan, pihak Pengoperasian Stesen MRT, LRT, Monorail dan KTM juga akan membuat penghentian sementara pengoperasian bagi beberapa stesen utama di dalam kawasan Pentadbiran IPD Dang Wangi.

Perincian mengenai lokasi penutup pengoperasian Stesen MRT, LRT, Monorail dan KTM adalah seperti berikut:

Gara-gara perhimpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong 6 jalan di KL, tutup operasi LRT, MRT, KTM, Monorail esok! 03

Gara-gara perhimpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong 6 jalan di KL, tutup operasi LRT, MRT, KTM, Monorail esok! 04

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang urusan di Bandaraya Kuala Lumpur terutama di kawasan pentadbiran IPD Dang Wangi perlu merancang perjalanan dan urusan masing-masing terutamanya yang melibatkan laluan dan juga masa," kata Noor Dellhan.

 

Menurutnya lagi, Mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk menghalang mana-mana pihak bagi mengadakan perhimpunan di 3 lokasi iaitu Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.

Justeru, polis menasihati orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuatkuasa.

Gara-gara perhimpunan #TangkapAzamBaki, polis lencong 6 jalan di KL, tutup operasi LRT, MRT, KTM, Monorail esok! 05

Dan tambahnya, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan, dan akan mengambil tindakan tegas di dalam perkara ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, penganjur perhimpunan berkenaan berkata ia adalah perhimpunan aman dan perlu diadakan susulan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda