window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Garaj Ketua Pemuda UMNO jadi bualan netizen Singapura, dah macam bilik pameran ‘supercar’!

Haris · Sep 3, 2021 07:00 PM

Garaj Ketua Pemuda UMNO jadi bualan netizen Singapura, dah macam bilik pameran ‘supercar’! 01

Imej lakaran

Malaysia dan Singapura kedua-duanya mempunyai peminat kereta mewah yang tidak kurang hebatnya. Namun, seorang rakyat Malaysia nampaknya menjadi bualan rakyat Singapura selepas tempat meletak kenderaan beliau tular di media sosial.

Garaj Ketua Pemuda UMNO jadi bualan netizen Singapura, dah macam bilik pameran ‘supercar’! 02

Imej lakaran daripada Box Studio

Portal Mothership.sg melaporkan koleksi milik Datuk Nazir Hussin yang diparkir di kediaman beliau nampak seolah-olah bilik pameran supercar! Beliau sebenarnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat automotif di Malaysia.

Pengguna sosial Farhan Akmal turut memuatnaik video di Twitter yang tular sehingga menarik perhatian warga Singapura.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Datuk Nazir terkenal sebagai peminat kenderaan terunggul di Malaysia selepas memiliki satu-satunya Ducati Superleggera V4 di Malaysia. Motosikal berkuasa tinggi tersebut berharga RM 888,000 dengan hanya 1 unit sahaja tersedia di Malaysia daripada 500 unit di dunia.

Garaj Ketua Pemuda UMNO jadi bualan netizen Singapura, dah macam bilik pameran ‘supercar’! 01

Tidak seperti peminat kenderaan di Singapura yang menyimpan kenderaan di dalam galeri kaca bebas cukai, Datuk Nazir sendiri menggunakan kenderaan yang dimilikinya malah terdapat juga beberapa hantaran yang memperlihatkan beliau beraksi di litar.

Baca: Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka

Garaj Ketua Pemuda UMNO jadi bualan netizen Singapura, dah macam bilik pameran ‘supercar’! 02

Selain daripada itu, model-model kereta berprestasi tinggi milik Datuk Nazir juga tidak kurang hebatnya. Tinjauan mendapati beliau mempunyai beberapa buah Lamborghini Urus, Porsche Macan, Range Rover, Lamborghini Huracan Performante, Ferrari dan banyak lagi.

Garaj Ketua Pemuda UMNO jadi bualan netizen Singapura, dah macam bilik pameran ‘supercar’! 03

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa dan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat dikatakan seorang yang pemurah terhadap pekerjanya.

Setakat ini, hantaran di facebook Mothership.sg telah mencapai sekitar 1.2k perkongsian, menjadikannya berita terhangat minggu ini.

Baca: Lamborghini bakal hadir dengan model terbaru. Lamborghini SCV12, 840 PS!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda