window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527!

Khairil ยท Mar 26, 2021 11:00 AM

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 01

Rekaan lampu depan serba baharu yang memberikan sensasi 'wajah' lebih ganas dan enjin patuh piawaian emisi Euro 5. Itu antara pembaharuan kepada jentera 'Naked' popular, Yamaha MT-07 2021 yang kini boleh 'dinikmati' peminat di Thailand.

Bersempena dengan Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021 yang sedang berlangsung ketika ini, Yamaha Motor Thailand mengambil kesempatan untuk melancarkan motosikal itu di pasaran negara berkenaan.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti sedia maklum, berbanding model sebelumnya, antara perubahan ketara untuk model MT-07 2021 adalah rekaan lampu depannya yang kini nampak seperti makhluk asing yang ganas.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 01

Sama seperti barisan MT yang lain, rekaan berkenaan bukan saja memiliki lampu utama jenis projektor, malah turut diapit dengan lampu siang (DRL) jenis LED di bahagian kiri dan kanan bagi meningkatkan kesan 'ganas' berkenaan.

Selain lampu depan, lampu belakang MT-07 2021 juga kini datang dengan rekaan baharu dan menggunakan jenis LED. Perubahan itu jelas meningkatkan lagi gaya motosikal berkenaan.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 02

Sebagai tambahan, rekaan tangki bahan api yang mempunyai isian maksimum 14 juga diperbaharui bersama salur udara yang baharu manakala kedudukan handlebar turut berubah iaitu 32 mm lebih lebar berbanding versi sebelum ini.

Menurut Yamaha, kedudukan handlebar itu diubah untuk memberikan penunggang kedudukan tunggangan yang lebih baik dan pergerakan lebih mudah pada kelajuan perlahan selain akses lebih mudah ke paparan panel meter.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 03

Panel instrumen meter juga diperbaharui dengan ia kini menggunakan LCD digital dengan ciri ‘spot colour' yang mempunyai paparan yang lebih besar dan jelas untuk informasi jam, gear, meter perjalanan dan takometer.

Dari sudut tren kuasa, Yamaha MT-07 2021 masih mengekalkan enjin bersesaran 690 cc, 2 Silinder namun ia turut dikemaskini di bahagian pengambilan udara dan muncung suntikan bahan api, termasuklah dilengkapi sistem ekzos ‘2-into-1’ dan ECU baharu.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 04

Perubahan tersebut dikatakan menawarkan tindak balas enjin lebih mendatar selain mengekalkan prestasi jentera yang mempunyai berat 184 kg ini.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 05

Enjin empat lejang itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan dengan kuasa yang dihasilkan ialah 74 Hp pada 9,000 rpm dan tork 67.7 Nm pada 6,500 rpm.

Selain itu, turut dinaik taraf adalah sistem brek di bahagian depan yang menggunakan brek dwi-cakera 298 mm dengan kaliper 4-piston manakala cakera tunggal 245 mm dengan kaliper piston tunggal di belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 06

Bagi memberikan keselesaan dari sudut tunggangan, MT-07 2021 menggunakan fork telekopik 41 mm di depan dan monoshock boleh laras di belakang bersama rim bersaiz 17 inci.

Menurut Yamaha Motor Thailand, harga yang ditawarkan bagi MT-07 2021 adalah 289,000 baht (RM 38,527) dan untuk masa terhad, pembeli juga akan menerima baucar bernilai 20,000 baht (RM 2,666) bersama insuran kelas pertama.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 07

Untuk pilihan warna pula, ia boleh didapati dengan pilihan warna fluo dan biru.

Garang, mantap. Yamaha MT-07 2021 kini di Thailand dengan harga RM 38,527! 08

Sekalipun turut popular di Malaysia, jentera berkenaan masih belum menjengah pasaran tempatan dan berdasarkan trend semasa, kemungkinan MT-07 2021 untuk tiba pada tahun ini tetap ada.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda