window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam!

Khairil · Mar 9, 2023 02:00 PM

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam! 01

Khabar baik buat pengguna kenderaan mikromobiliti di Malaysia apabila kerajaan dikatakan sudah memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti dengan pelancaran projek ujian dijadual Sabtu ini (12 Mac) di Shah Alam.

Jika anda masih ingat, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan (MoT) pada tahun lalu mengharamkan 3 jenis kenderaan mikromobiliti untuk beroperasi di jalan raya Malaysia.

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam! 02

Menteri Pengangkutan kerajaan terdahulu, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika memaklumkan mengenai pengharaman 3 jenis kenderaan mikromobiliti untuk beroperasi di jalan raya Malaysia

Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, dilaporkan MoT sudah mengarahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) untuk memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam! 01

Garis panduan itu, memetik laporan Bernama akan memperincikan mengenai pembangunan dan reka bentuk laluan bagi kenderaan itu.

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam! 02

Timbalan Menteri Pengangkutan Dato' Hasbi Habibollah

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Dato' Hasbi Habibollah, garis panduan itu memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti iaitu jenis moped, personal mobility devices (PMD) dan personal mobility aids (PMA).

"Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi persekutuan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan dalam merancang, membangunkan dan mereka bentuk laluan kenderaan mikromobiliti di kawasan pembangunan sedia ada dan pembangunan baharu.

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam! 03

Gambar hiasan

"Dalam hubungan ini, pihak-pihak yang berkuasa berkenaan hendaklah menyediakan suatu infrastruktur jalan yang selamat bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti tersebut, berdasarkan kepada garis panduan yang telah dibangunkan atau ditetapkan."

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam! 04

Gambar hiasan

Hasbi berkata demikian ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat selepas ditanya pembangkang yang ingin tahu solusi untuk pengusaha perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti yang terjejas pendapatan akibat penguatkuasaan undang-undang larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya.

Sebagai permulaan, Hasbi berkata Shah Alam menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam dipilih sebagai lokasi pertama pengujian itu.

Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dah dimuktamad kerajaan, projek perintis dirasmi Sabtu ini di Shah Alam! 05

Gambar hiasan

Menurutnya, pengujian atau lebih dikenali sebagai 'sandbox' bagi menguji pakai kesemua garis panduan yang sudah dirangka dan ia akan dirasmikan pada 12 Mac 2023 di Shah Alam.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sedang merangka satu keperluan spesifikasi atau program penilaian keselamatan berhubung kenderaan mikromobiliti, selain melihat keperluan mewujudkan satu standard atau piawaian kenderaan itu.

Juga baca: E-skuter kini diharamkan atas jalan raya, tersenarai 3 jenis kenderaan mikromobiliti oleh MoT, kuat kuasa serta merta!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda