window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gayakan Volkswagen Beetle anda dengan koleksi Tarik Jeans. Bergaya sambil beramal!

Mersita · Oct 17, 2020 02:00 PM

Gayakan Volkswagen Beetle anda dengan koleksi Tarik Jeans. Bergaya sambil beramal! 01

Pasti anda pernah lihat usaha pemuliharaan Tapir Malaya menerusi kerja-kerja amal dan pameran seni, bukan? Bagi meraikan Hari Tapir Sedunia 2021, Volkswagen Malaysia dan Tarik Jeans berganding bahu sekali lagi dibawah Modern Nostalgia Pt.2 yang mengetengahkan model ikonik Volkswagen dan legasinya di dalam elemen rekaan terbaru oleh jenama fesyen lokal, Tarik Jeans.

Gayakan Volkswagen Beetle anda dengan koleksi Tarik Jeans. Bergaya sambil beramal! 02

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sememangnya sering bergiat aktif dalam usaha-usaha kebajikan menerusi pelbagai saluran seni yang menarik. Objektif usaha kali ini ialah untuk menjana dana dan kesedaran tentang Tapir Malaya yang kian terancam.

Modern Nostalgia Pt.1 sudahpun berjalan pada awal tahun 2020. Bahagian kedua kali ini menonjolkan koleksi kapsul terhad yang terdiri daripada pelbagai jenis pakaian menarik diinspirasikan daripada stail bengkel yang ‘rugged’ dan ranggi. Pelbagai model kereta klasik VW seperti VW Beetle dan VW Golf GTI diintegrasikan dalam rekaan bergaya oleh jenama lokal ‘homegrown’ ini.

Gayakan Volkswagen Beetle anda dengan koleksi Tarik Jeans. Bergaya sambil beramal! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Koleksi berkualiti tinggi ini termasuklah jaket denim (RM 259), kemeja (RM 159) dan T-shirt (RM 79) yang boleh didapati di laman sesawang Tarik Jeans, Shopee dan Zalora. 50 peratus dari pendapatan jualan koleksi ini akan didermakan kepada Kenaboi Forest Reserve di N.Sembilan pada Hari Tapir Sedunia yang akan berlangsung pada 27 April 2021.

Gayakan Volkswagen Beetle anda dengan koleksi Tarik Jeans. Bergaya sambil beramal! 01

Erik Winter, Pengarah Urusan di VPCM berkata kelestarian dan pemuliharaan merupakan satu tiang utama bagi Volkswagen dan jenama ini telahpun melabur dengan banyak dalam projek penghutanan semula di seluruh dunia. Pengasas Tarik Jeans, Afiq Iskandar pula menghargai usaha Volkswagen Malaysia yang menyertai mereka dalam usaha meningkatkan kesedaran, mengumpul dana dan memberi penghargaan terhadap Tapir Malaya yang sekian lama telah menjadi satu elemen grafik utama mereka sejak penubuhan Tarik Jeans.

Gayakan Volkswagen Beetle anda dengan koleksi Tarik Jeans. Bergaya sambil beramal! 02

Dengan koleksi terhad yang cukup menarik ini, apa salahnya sesi beli-belah pakaian atas-talian anda yang seterusnya menyumbang kepada usaha mulia dalam pemuliharaan spesis Tapir Malaya yang semakin terancam ini? Bergaya sambil beramal patut jadi trend terbaru anda!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Volkswagen Beetle 1.2 TSI Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda