window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely bekerjasama dengan Baidu untuk hasilkan kereta elektrik tanpa pemandu

Faisal Ā· Jan 11, 2021 04:00 PM

Geely bekerjasama dengan Baidu untuk hasilkan kereta elektrik tanpa pemandu 01

Teknologi Apollo oleh Baidu yang turut diguna oleh jenama dari China yang lain

Geely Holding kini sedang giat bekerjasama dengan Baidu untuk membangunkan kereta elektrik tanpa pemandu berasaskan platform terbaru mereka iaitu Sustainable Experience Architecture (SEA).

Hasil usaha ini meletakkan fokus pada penyelidikan, pembangunan, dan produksi buat kereta elektrik yang pintar (kereta yang memandu dengan sendiri).

Geely bekerjasama dengan Baidu untuk hasilkan kereta elektrik tanpa pemandu 02

Teknologi Apollo yang sedang diuji oleh kereta Hongqi 

Kerjasama ini dapat membantu Geely Group untuk menghasilkan kereta pintar pertama mereka. Turut dikenali sebagai kereta tanpa pemandu, ia akan memaparkan teknologi pemanduan sendiri oleh Baidu yang dikenali sebagai Apollo.

Rangkaian Apollo oleh Baidu ini dianggap sebagai program kereta tanpa pemandu yang paling berjaya setakat ini. Program yang diuji sejauh 7 juta km ini bukan sahaja merekodkan kemalangan sifar, malah ia telah membawa sebanyak 210,000 orang penumpang dengan selamat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di China, teksi robot yang dihasilkan oleh Baidu telahpun diguna di sesetengah wilayah.

Untuk maklumat anda, ini bukanlah kali pertama Baidu bekerjasama dengan syarikat pengeluar bagi menghasilkan kereta tanpa pemandu. Sebelum ini, mereka pernah bekerjasama dengan Hongqi. Dengan kerjasama oleh Geely kali ini, mereka boleh menambah portfolio dengan menghasilkan kereta elektrik (EV) tanpa pemandu.

Geely bekerjasama dengan Baidu untuk hasilkan kereta elektrik tanpa pemandu 01

Teksi robot di China

Selain daripada teknologi pemanduan sendiri Apollo, kereta yang akan dibangunkan juga akan dilengkapi dengan DuerOS.

Pasti menarik untuk melihat bagaimana hasil kereta elektrik tanpa pemandu oleh kerjasama ini. Pada masa yang sama, platform SEA milik Geely juga akan digunakan oleh anak syarikat Mercedes-Benz, Smart untuk pembangunan kereta mereka.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda