window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes!

Haris · Oct 28, 2021 04:00 PM

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 01

Kisah kejayaan Geely hadir daripada darah dan keringat. Kumpulan automotif Geely kini menjadi pemilik kepada sebahagian jenama-jenama kereta popular global, antaranya Volvo dan Lotus malah tidak dilupakan juga, Proton. Tidak kurang hebatnya, Geely juga antara pengeluar yang menghasilkan model-model kereta yang cantik dalam pasaran China sendiri.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 02

Ramai yang terlepas pandang bahawa Geely juga memiliki pegangan saham di dalam Daimler AG, syarikat induk bagi jenama Mercedes-Benz. Pegangan sebanyak 9.69% kedengaran sedikit tetapi sebenarnya Geely adalah pemegang saham terbesar Daimler AG ketika persefahaman terbentuk antara 2 syarikat Timur-Barat itu pada tahun 2018.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 01

Melalui usahasama ini, Geely dan Mercedes-Benz akan membentuk asas baharu, bermula dengan kelahiran semula jenama Smart dengan memperkenalkan konsep SUV pertama, Smart Concept #1 serta pembangunan enjin untuk Mercedes-Benz A-Class generasi seterusnya.

Baca: Geely bakal membangunkan enjin untuk model Mercedes-Benz A-Class generasi akan datang!

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 02

Tanpa sedar, Geely sebenarnya telah kembali ke petak mula kerana ketika jenama itu mula mengeluarkan kereta pertama, pengasas Li Shufu berangan-angan untuk hadir dengan sebuah "Mercedes China".

Bermula sebagai pengeluar perkakasan kepada kenderaan

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 03

Kiri: Li Shufu ketika muda. Kanan: Kilang Geely terawal yang membuat perkakasan elektrik

Sebelum Geely mula menghasilkan Daihatsu Charade ciplak yang dipasang dengan gril Mercedes, ia mengeluarkan perkakasan elektrik. Tetapi sebelum itu, Li mengendalikan kedai kameranya sendiri. Dia melihat peluang untuk menjana wang dalam arena fotografi dan mengendalikan kedai kamera mudah alih di kampungnya. Beberapa tahun kemudian dia berjaya mengaut sejuta renminbi (RMB) pertamanya.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 04

Peti ais adalah simbol status dalam kalangan keluarga China kaya pada tahun 1980-an.

Tidak lama kemudian, Li melihat peluang lain iaitu menghasilkan komponen peti sejuk pada tahun 1984, sebuah perniagaan yang menyaksikan dia mengaut keuntungan sehingga RMB 400-500 juta. Kemudian pada tahun 1987, syarikat itu mula membuat peti sejuk sendiri di bawah jenama Arctic.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 05

Malangnya, pengeluaran peti sejuk tersebut hanya beroperasi sehingga tahun 1989 apabila syarikat itu tidak diberikan lesen pengeluaran oleh Kerajaan Pusat China untuk membuat peti sejuk. Buat masa ini, syarikat Li mula membuat papan tanda magnesium aluminium.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 06

Shanghai pada awal tahun 1990-an (Sumber)

Idea untuk menghasilkan kereta tercetus pada tahun 1993 apabila rakyat China kelas pertengahan mula berkembang seiring dengan impian mobiliti yang lebih baik. Bagaimanapun, memandangkan Geely adalah sebuah syarikat swasta, adalah sukar untuk meyakinkan kerajaan China yang meletakkan sekatan besar dan mengawal kebanyakan industri negara termasuk automotif.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 07

Geely kemudiannya mengeluarkan skuter dan motosikal kerana permohonan lesen pengeluaran kenderaan 2 roda tidak begitu susah. Walaupun sedikit berjaya dengan kenderaan 2 roda, Li masih berpegang teguh dengan visinya untuk Geely menghasilkan kereta nasional.

Kebanggaan Geely, pada awalnya

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 08

Pada tahun 1996, impian Li untuk menghasilkan "Mercedes China" seolah-olah bermula apabila kerajaan China membenarkah Geely untuk membangunkan 1 prototaip kereta, walaupun Geely tidak mempunyai permit yang sepatutnya untuk pengeluaran kereta.

Baca: Geely pernah bercita-cita untuk melabur RM 100 juta di Malaysia pada tahun 2006, siapa yang menolaknya?

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 09

Mercedes-Benz China

Dalam satu temu bual dengan saluran CCTV China pada tahun 2009, Li berkata dia kecewa kerana China tidak mempunyai pengeluar kereta mewah nasional seperti Cadillac atau Mercedes-Benz. Dia mahu membuktikan kepada dunia bahawa sebuah syarikat China, khususnya syarikatnya sendiri mampu mengeluarkan sebuah kereta mewah.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 10

Hongqi CA7200, kereta asas bagi model prototaip Geely

Sebagai seorang yang hijau dalam industri pembuatan kereta dan langkah penjimatan kos, Li dan pasukannya menggunakan sebuah kereta asas iaitu Hongqi CA7200 yang merupakan Audi 100 yang di-rebadge semula secara sah.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 11

Nampak macam Lincoln, tapi di sebaliknya adalah sebuah kereta China

Pada tahun 1990-an, Hongqi tidak begitu berkelas tinggi seperti hari ini. Selain daripada rebadge model Audi lama, ia juga menghasilkan semula Lincoln Town Car (Hongqi CA7460) yang terkenal sebagai kenderaan perarakan yang digunakan oleh anggota berpangkat tinggi dalam Parti Komunis China.

Baca: Senarai: Dari Rolls-Royce ke Hongqi, ini 8 kereta paling mewah di dunia!

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 12

Pasukan Geely membeli Hongqi tersebut dan melucutkan sepenuhnya kereta itu sehinggalah tinggal subframe hadapan dan belakang sahaja. Mereka kemudiannya memasang badan asal yang diperbuat daripada gentian kaca untuk memastikan kos rendah serta mengekalkan bahagian dalam daripada Hongqi.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 13

Li Shufu di sebalik Geely Yihao (Sumber: China Car History)

Reka bentuk prototaip tersebut adalah ciplak kepada Mercedes-Benz E-Class generasi W210. Namun apabila prototaip yang dipanggil Geely Yihao (Yihao bermaksud Nombor Satu) itu dilancarkan, ia mendapat sambutan yang agak baik. Ia disiarkan dalam akhbar tempatan dan ramai pihak ingin mengetahui Geely Yihao dengan lebih lanjut.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 14

Li sendiri sangat berbangga dengan model prototaip ini malah memandunya sendiri ke sekitar bandar. Walau bagaimanapun, apabila dia akhirnya mendapat kelulusan daripada kerajaan China untuk mengeluarkan kereta, visi Mercedes China sedikit terjejas atas faktor-faktor kekangan kewangan.

Tidak mudah mengalah

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 15

Bekas banduan turut diambil bekerja dalam pembuatan kenderaan 

Li Shufu kemudiannya membeli sebuah kilang yang pernah membuat trak di Sichuan, lalu impian sepanjang hayatnya untuk memasuki pasaran automotif akhirnya menjadi kenyataan. Memandangkan kilang itu masih mempunyai lesen, ini bermakna Geely Yihao boleh memasuki fasa pengeluaran.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 16

Namun realiti mula menendang Li dalam cita-citanya untuk membina sebuah "Mercedes China". Kos pengeluaran didapati sangat mahal di samping kapasiti kilang itu yang sangat terhad. Bertukar strategi, Li memutuskan bahawa kereta pasaran massa pertama Geely akan dibangunkan berdasarkan model sedia ada untuk menjimatkan kos.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 17

Tianjin Xiali, ciplak Daihatsu Charade

Bermula dengan prototaip Mercedes, Geely tampil dengan Geely Haoqing yang berdasarkan Tianjin Xiali yang merupakan rebadge daripada sebuah Daihatsu Charade. Malah, enjin turut diperoleh daripada Toyota atau Daihatsu yang terdiri daripada 3-silinder 1.0 liter, 4-silinder 1.3 liter, atau 4-silinder 1.5 liter.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 18

Li masih tidak lupa pada impiannya. Walaupun pada sebuah kereta yang direka untuk pasaran marhaen, Geely mahu tampil berbeza dengan menjadikan model awal ini begitu menonjol dan sebagai peringatan visi automotif Li - ia menggunakan gril yang mirip gril Mercedes.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 19

C-Class W202, pada bahagian depan

Penggunaan gril Mercedes ini tidaklah tanpa sebarang masalah. Untuk model pasaran pertama ini, masalah biasa yang dihadapi pengguna adalah masalah air menyusup masuk ke kabin dalaman ketika hujan ribut taufan. Hal ini kerana kerja-kerja mengalisairkan (waterproofing) yang teruk dari kilang.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 20

Geely berterusan mengeluarkan kereta murah dan hodoh sehinggalah ekonomi China di ambang memintas pasaran Amerika sebagai pasaran automotif terbesar dunia. Obesesi terhadap lencana bintang tiga penjuru masih diteruskan pada reka bentuk lampu Geely CK yang menyerupai C-Class W203.

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 21

20 tahun kemudian, Geely telah berkembang pesat sehingga mampu membeli pegangan saham di dalam Volvo dan Daimler. Bukan sekadar pegangan saham yang kecil tetapi sebagai sebuah pemegang saham yang terbesar dalam kedua-dua syarikat automotif gergasi.

Menariknya, Geely tidak mahu lagi diingatkan semula dengan obsesi terhadap bintang tiga penjuru. Malah, Geely bertungkus lumus supaya semua pihak melupakan 'cinta monyet' yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.

Baca: Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana?

Geely: Bermula dengan meniru Mercedes... kini jadi pemilik Mercedes! 22

Prototaip Geely Yihao kini sudah dibiarkan usang di sebuah kilang di Taizhou. Impian "Mercedes China" kini bukan lagi suatu impian, malah Geely sendiri sudah memiliki Mercedes. Untuk maju ke hadapan, kita perlulah melepaskan impian kecil demi mengejar cita-cita yang lebih besar. Proton juga, pernah melupuskan sebahagian kereta konsep dan model rali lama dalam mengejar kedudukan sebagai jenama automotif nasional.

Baca: Detik akhir kereta konsep Proton yang bakal dilelong. Sejarah atau sampah?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda